Setiap kali tibanya hujung tahun, pasti ramai yang dah merancang macam-macam untuk percutian bersama keluarga dan menikmati saat keriangan tanpa batasan. Tak kisah lah bercuti di dalam negera mahupun luar negara asalkan dapat meraikan momen istimewa itu bersama.
Dalam sibuk mempersiapkan kelengkapan bercuti termasuk tiket flight dan pakaian, jangan lupa aksesori juga merupakan pelengkap gaya anda apabila bercuti nanti. Kalau tak ada idea sangat nak cari aksesori dengan rekaan glamorous untuk digayakan bersama, jangan risau Swarovski ada memperkenalkan koleksi terbaharu sempena musim percutian ini.
Koleksi Holiday Collection 2018 sememangnya ditujukan khas untuk anda yang tidak lupa untuk menitik beratkan penampilan sempurna dan elegan walaupun ketika waktu bercuti. Bukan sahaja cantik, bahkan cetusan elemen moden dan minimalis diselitkan dalam setiap rekaan baharu kali ini untuk menonjolkan lagi pesona si pemakai. Cuba tengok ni!
SWAROVSKI HOLIDAY COLLECTION- MAYFLY
RM 699
Swarovski Holiday Collection 2018- Mayfly Bangle
RM 499
Swarovski Holiday Collection 2018- Mayfly Pendant
RM 399
Swarovski Holiday Collection 2018- Mayfly Ring
RM 699
Swarovski Holiday Collection 2018- Mayfly Pierced Earrings
Wow, terus jatuh cinta dengan Swarovski Holiday Collection 2018 ni. Iya lah, mana tidaknya koleksi Mayfly yang terdiri daripada rantai, gelang tangan, anting-anting dan cincin yang bersadur rose gold & white gold ini semestinya akan menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai. Selain itu, ia juga boleh dipadankan antara satu sama lain untuk menonjolkan lagi personaliti si pemakai. Perfect combinations!
SWAROVSKI HOLIDAY COLLECTION- LOUISON
RM 749
Swarovski Holiday Collection 2018- Louison Open Ring
RM 2,290
Swarovski Holiday Collection 2018- Louison Open Ring Strandage
RM 479
Swarovski Holiday Collection 2018- Louison Pearl Pierced Earrings
RM 999
Swarovski Holiday Collection 2018- Louison Bracelet
Apa kurangnya juga koleksi Louison dengan rekaan seakan-akan dedaun yang memang sesuai dengan mood percutian anda. Walaupun pun mengenakan pakaian yang ringkas, koleksi Louison ini akan membuatkan anda extra special!
Swarovski sememangnya pakar dalam menjadikan penampilan seseorang perempuan itu lebih anggun apabila tubuh mereka dihiasi dengan kilauan dan Holiday Collection 2018. Baru lah lengkap gambar Outfit OfThe Day (OOTD) anda bila ada kerdipan aksesori kristal mewah daripada Swarovski ni!
Menariknya dengan setiap pembelian bernilai RM 800 pada harga normal November ini, anda berpeluang memiliki set eksklusif Crystallized Sparkling Blue Fur Backpack dari 6 hingga 30 November 2018.
Manakala, promosi menarik pada Disember 2018 anda berpeluang memiliki set eksklusif Crystallized Swarovski Remix Pouch dengan setiap pembelian bernilai RM800 pada harga normal sah dari 1 hingga 27 Disember 2018.