Perjalanan hidup penuh berliku. Untuk berjaya seperti hari ini, banyak kesilapan yang dibuat dan mendewasakan kita. ‘Berdamai dengan masa lalu.’ rahsia Oprah Winfrey, 69 tahun, terus unggul sebagai sosok jutawan wanita kulit hitam Amerika Syarikat yang menjadi inspirasi dunia.
Bermula dengan kejayaan The Oprah Winfrey Show yang ditayangkan pada 1986 – 2011, beliau terus mengorak langkah memiliki stesen TV sendiri iaitu The Oprah Winfrey Network (OWN).
Turut diangkat sebagai wanita kulit hitam pertama menjadi jutawan di Amerika Syarikat, nama Oprah Winfrey kekal tersenarai dalam 10 wanita terkaya menurut Forbes 2023.
Sebagai pengacara rancangan televisyen dengan bayaran tertinggi, sudah tentu kejayaannya menjadi inspirasi ramai.
Semak tip-tip kejayaan Oprah Winfrey seperti di bawah ini…
(1) Berusaha untuk membuat perubahan
Kata Oprah, usah membandingkan diri kita dengan orang lain sebaliknya fokus pada sesuatu yang mampu mengubah hidup. Mungkin sukses tidak tercapai dalam percubaan pertama, tapi ia tidak mustahil dengan usaha yang konsisten.
(2) Bijak ambil peluang
Rebut peluang atau kesempatan yang ada. Menurut Oprah, sukses itu bukan nasib atau takdir seseorang. Ia adalah tentang memanfaatkan peluang di depan mata.
(3) Maafkan kesalahan lalu
Tiada manusia yang maksum atau langsung tidak membuat salah. Jadikan kesalahan lalu sebagai pelajaran dan pengalaman berharga untuk menjadi lebih maju.
(4) Sentiasa perbaiki diri sendiri
Kedengaran remeh namun bagi Oprah mempunyai makna yang sangat mendalam. Beliau percaya kita semua harus berkembang dan jangan pernah lelah mencari ruang untuk memperbaiki diri.
(5) Lakukan sekuatnya
Berusaha membuat yang terbaik dalam setiap yang dikerjakan. Itulah yang membawa kejayaan dan usaha mengejar apa yang dicita-citakan.
(6) Percaya pada mimpi
Tidak salah memiliki impian besar untuk diri sendiri. Untuk sukses, percaya bahawa kita mampu mencapai impian tersebut.
CIPTA SEJARAH
Oprah Winfrey atau lebih terkenal dengan nama Lady O ini sememangnya berjiwa pemurah. Ingat lagi 16 tahun lalu, apabila wanita ini telah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran melalui rancangan bual bicara popularnya, The Oprah Winfrey Show
.Oprah telah memberi kejutan apabila menghadiahkan 276 unit kereta kepada setiap penonton dalam studionya.
Benar orang kata, lagi banyak kita memberi lagi murah rezeki yang kita dapat. Siapa sangka, jiwa pemurah yang dimiliki wanita ini, melayakkannya dinobatkan sebagai selebriti wanita TERKAYA di dunia dengan jumlah bersih kekayaan bernilai RM15 billion (USD3.5 billion). Semua yang diraih oleh Oprah ini adalah hasil titik peluhnya sendiri.
Sikapnya dalam memajukan diri sangat menginspirasikan. Teringat kata-katanya, “Think like a queen. A queen is not afraid to fail. Failure is another steppingstone to greatness.”
Bayangkan program ikonik ini telah bersiaran selama 25 tahun sebelum berakhir pada tahun 2011. Jumlah gaji yang diterima oleh wanita ini tidak diketahui tetapi beliau memperoleh sekitar RM720 juta (USD165 juta) di antara Mei 2011 dan Mei 2012.
Setelah program bual bicaranya berakhir, Oprah telah melancarkan saluran kabelnya sendiri, Oprah Winfrey Network (OWN). Pegangan sahamnya sebanyak 25.5 peratus dalam saluran kabel ini dianggarkan bernila RM327 juta (USD75 juta). Selain itu, Oprah juga memiliki syarikat majalah sendiri dengan menjadi sebahagian Ahli Lembaga Pengarah dalam Weigh Watchers.
Menurut CNBC, harga saham syarikat wanita yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni/Sains, Universiti Tennessee State ini, mencapai rekod tertinggi pada bulan Jun 2018. Forbes melaporkan sahamnya telah berubah dari RM192 juta (USD43.5 juta) menjadi RM1,747 juta (USD400 juta).
Selain itu, Oprah juga memiliki syarikat bernama Harpo Production yang memiliki rangkaian tunggal dengan Discovery Communication. Harpo Production merupakan kekuatan di sebalik program Dr. Phil, Rachael Ray dan The Dr. Oz Show. Ini bermakna jiwa wanita ini sudah sebati dengan dunia penyiaran dan tidak mampu meninggalkannya meskipun bekerja di belakang tabir sahaja.
Foto: Facebook Oprah Winfrey
This website uses cookies.