Rasanya hampir seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia merafakkan syukur apabila penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melahirkan seorang puteri, 19 Mac lalu.

Berkat doa, penantian dan usaha mendapatkan zuriat yang tak berhenti-henti, pasangan ini akhirnya menerima berita gembira selepas 11 tahun bersabar. Nona terkenang kata-kata Dato’ Sri Siti semalam, katanya kalau dia menunggu 11 tahun, suaminya pula menunggu 18 tahun untuk mendapatkan seorang anak perempuan!

Ads

Nona turut bertuah menerima undangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza seisi keluarga bagi meraikan majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang diadakan secara tertutup di kediaman mereka, malam tadi.

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Selain wajah Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri, perhatian Nona malam tadi tercari-cari sosok tubuh ibunya iaitu Siti Salmah Bachik. Dari awal majlis hingga ke penghujung acara, akhirnya kesempatan ingin menyapa ibu penyanyi paling popular di Malaysia ini tercapai jua.

Ramah seperti biasa, ibu Dato’ Sri Siti yang tak pernah lekang dengan senyuman turut menyatakan kesyukurannya terhadap kelahiran Siti Aafiyah. “Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi. Penantian Siti selama ni tak sia-sia,” jawabnya sambil tersenyum mesra.

Kesempatan berbual ringkas, sedikit harapan beliau sempat dirakamkan buat tatapan peminat.

Bertuah sungguh Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana sepanjang menjalani tempoh berpantang, beliau ditemani oleh ibu sendiri dan ibu mertuanya di rumah.

Meskipun mengambil pakej penjagaan selepas bersalin oleh Natalis Mother Care, namun perhatian dua ibu kesayangan beliau ini menambah semangatnya untuk menjaga anak tersayang.

Bercakap kepada media, beliau turut berkongsi pengalaman pertama melahirkan Siti Aafiyah yang baru genap tujuh hari dilahirkan.

Dalam video ni, nampak tak riak wajah ibu Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang betul-betul cemas? Rasanya semua ibu-ibu pun turut merasakan debar yang sama kalau anak perempuan bersalin, kan?

“Sebenarnya waktu bersalin tu, saya banyak kehilangan darah atas sebab-sebab kesihatan. Walau bagaimanapun situasi mencemaskan tersebut berjaya diatasi oleh pakar perubatan. Selepas 3 hari, saya dah cuba berjalan perlahan-lahan walaupun masih terasa sakitnya,” ujar beliau sambil menetapkan tempoh 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.

Cabaran setakat ini? “Of course untuk susukan Aafiyah. Bukan senang, tapi bila mengingatkan semula bagaimana ibu saya berjaya membesarkan lapan orang anaknya, saya bersemangat balik.

Saya juga banyak dibantu oleh menantu, Tya Ariffin yang sampai sekarang masih menyusukan Arif. Dialah yang rajin ingatkan saya, bangun 2 jam sekali, cara mengepam susu, beritahu makanan untuk tambah susu dan macam-macamlah!

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Ads

Jujurnya hari ni pun saya dapat tidur 3 jam jer. Aafiyah ni jenis tidur siang tapi bangun malam. Eye bag saya jangan tengoklah! Tapi takpe, saya percaya kalau kita tekad nak beri susu badan, memang kena banyak berkorban. Semua ini saya buat kerana Allah.

Harapan saya semoga diberi kekuatan melalui waktu berpantang ni dengan sebaik mungkin. Saya dan suami juga kalau boleh mahukan Aafiyah hidup normal macam budak-budak lain.

Tak perlu glamor sangat walaupun saya tahu tentu susah sebab ibunya penyanyi. Apa pun jika ada perancangan untuk Aafiyah, semuanya di atas perbincangan saya dan suami dulu,” terus terang Dato’ Sri Siti yang mahu dipanggil Ibu oleh anaknya nanti.

MERIAH

Kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara tetamu kehormat yang sudi menyerikan acara marhaban dan bertahnik yang diadakan, selain kaum kerabat dan sahabat handai.

Kegembiraan pasangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut diraikan dengan pengumuman nama puteri kesayangan mereka, Siti Aafiyah Binti Khalid, genap tujuh hari dilahirkan.

Ads

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Nama Siti Aafiyah dipilih kerana nama itu cukup indah daripada segi maknanya. “Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati nama itu sering disebut dalam doa dan dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas yang bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.

Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Sejak dilahirkan, puteri sulung itu dipanggil ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad. Dato’ Sri Siti melahirkan bayi sulung secara pembedahan pada jam 8.17 pagi, Isnin lalu. Berita kelahiran si ‘Comel Pipi Merah’ itu disambut riang peminat yang menanti detik bersejarah itu.

Ketika ini, Siti sedang fokus menjalani tempoh berpantang sebelum dijangka kembali aktif menjelang akhir tahun ini.

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI