Penjagaan Diri

Berdepan Fasa ‘Putus Haid’, ELLA Titip Nasihat Buat Wanita Di Ambang 50-an!

Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.

Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami oleh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.

Rasa Resah, Mudah Marah Simptom Awal Gangguan Hormon.

Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.

Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.

“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.

“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.

“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.

Wanita Jangan Ambil Mudah Masalah Hormon! – ELLA

Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.

Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.

“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.

“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.

Konsisten ‘Kunci’ Utama, Transformasi Ella Hanya Ambi Masa Tiga Bulan Sahaja

Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.

“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.

“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.

Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.

Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.

Sekadar info, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Share
Published by
Haifa Nasir