Lain macam rasanya diundang ke majlis rumah terbuka kali ini. Sabtu petang di Shah Alam, berderet-deret owner Ferrari tiba. Rupa-rupanya untuk bagi sokongan pada pelancaran rasmi Wisma IDW milik pasangan pereka hiasan dalaman muda, IDr Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah!
Selain meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis yang diadakan secara eksklusif ini adalah untuk merasmikan Wisma IDW serta melancarkan Trend Rekaan Rumah 2023.
Seluruh ruang marquee tent
dihias dengan warna tema IDW, yakni hijau zamrud selain dekorasi ruang bergambar yang digarap indah.
Tepat jam 3.00 petang, kebanyakan tetamu terdiri ahli keluarga, kakitangan, klien, rakan niaga serta sahabat-handai IDW tiba ke majlis. Menampilkan stail makan secara bufet, setiap meja turut dihias dengan centrepiece bunga-bungaan segar dan mewah.
Ketibaan tetamu kehormat iaitu Datuk Wira Dr Haji Azizan Osman dan isteri serta Datuk Zafrol Rizal Mat diiringi pengasas IDW Design & Build menandakan permulaan majlis.
Syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman dengan tagline ‘Manifest Life’ ini turut menampilkan hos selebriti paling disenangi, Awal Ashaari sebagai pengacara majlis.
Bangga sungguh dengan kejayaan pasangan IDW, susah senang bersama! Jom tonton video penuh majlis rumah terbuka IDW ini…
Menyusul selepas bacaan doa, ucapan dan acara perasmian Wisma IDW, para tetamu dihidangkan dengan 10 Trend Rekaan Rumah 2023 yang dijangka hangat.
Trend dekorasi ini terhasil melalui pemerhatian dan permintaan yang tinggi di pasaran, selain memberi inspirasi baru kepada pemilik kediaman tentang trend hiasan dalaman.
Penulis seterusnya dibawa melawat ke seluruh wisma. Bangunan dua tingkat ini telah berubah rupa dalam tempoh yang singkat dengan sentuhan IDW.
Menariknya, dekorasi yang dipertaruhkan adalah sekadar ‘entry-level’ atau mampu milik untuk klien. Kalau tahap permulaan pun cantik sebegini rupa, agaknya bagaimanalah dekorasi ‘bespoke’ IDW ya?
This website uses cookies.