Ledakan jenama tudung atau shawl semakin menjadi-jadi. Mana tidaknya, trend hijab semakin rancak menghantui wanita tambahan pula hari raya sudah menjelang tiba. Pelbagai jenama tudung yang boleh didapati dipasaran untuk dijadikan pilihan hati termasuklah jenama yang dihasilkan oleh selebriti terkenal tempatan.
Mana tidaknya ia mencetus fenomena, pengaruh iklan, model atau selebriti yang menggayakan tudung tersebut adalah salah satu faktor jenama itu menjadi kegilaan wanita berhijab. Selain itu, trend penggunaan simbol hashtag (#) dan outfit of the day (OOTD) di laman sosial juga salah satu faktor pengguna obses terhadap jenama-jenama popular.
Walaubagaimana pun, kualiti tudung itu juga menjadi faktor utama dalam memastikan penggemar jenama sesebuat jenama terus melekat dan tidak mencari yang lain. Sempena bulan Syawal dimana kita beraya selama sebulan, Nona kongsikan 5 jenama tudung popular yang boleh dijadikan pilihan untuk melaram di pagi lebaran! Pastinya gaya anda lebih trendy
dan menawan di pagi hari mulia!NAELOFAR HIJAB
CAKENIS
DUCK SCARVES
TUDUNG PEOPLE
SUGAR SCARF
This website uses cookies.