Siapa yang tidak mengenali mantan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang kini sedang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang atas kesalahan bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.
Baru-baru ini, suami kepada Rosmah Mansor itu dilaporkan bakal mengisi masa luangnya dengan menyambung pelajaran di peringkat pasca siswazah (PhD). Menurut sumber Malaysiakini, Najib telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang ekonomi. Sumber turut berkongsikan yang Najib telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah atau PhD dalam bidang ekonomi.
Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memetik Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP), Najib akan dibenarkan melanjutkan pelajaran.
Namun bekas perdana menteri yang juga pernah menjadi menteri kewangan itu tidak akan diberikan akses internet atau komputer riba. “Kami akan cuba sedaya upaya untuk memudahkan, seperti untuk dia mengikuti seorang pensyarah,” katanya.
Pada 23 Ogos tahun lalu, Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengekalkan sabitan ke atasnya.
Walaupun berada dalam penjara, Najib masih giat berkongsi pandangannya mengenai hal ehwal negara. Apabila ditanya sama ada bekas Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai akses kepada media sosial, Saifuddin berkata, tidak.
“Dia sedang dipenjara di Kajang, tetapi dia ada pasukan medianya sendiri. Saya dimaklumkan pasukannya yang merakamkan pandangannya di media sosial.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***