Penyanyi jelita ini baharu sahaja melancarkan single baharu berjudul A Second To Midnight. Video muziknya sudah mencecah 3 juta tontonan di saluran YouTube dalam masa dua minggu. Nampaknya nyanyian penyanyi yang berusia 53 tahun ini masih berbisa dan diterima oleh golongan muda.
Kylie Minogue yang dilahirkan di Melbourne, Australia ini memulakan karier seni sejak usia 11 tahun dan mula dikenali apabila membintangi soap opera bertajuk ‘Neighbors‘ pada tahun 1986. Kylie begitu ‘serasi’ dengan bintang bersama dalam soap opera
tersebut, Jason Donovan. Pasangan ini juga pernah berduet dalam sebuah album yang bertajuk Enjoy Yourself.Kini wanita yang masih mengekalkan irama pop ini mampu tersenyum bangga dengan kejayaan yang dicapainya. Sehingga 2021, pendapatan bersih penyanyi lagu Can’t Get You Out Of My Head ini dianggarkan $100 million. Sesungguhnya usahanya dalam industri seni nyata berbaloi dan mengangkatkan bergelar billionaire.
Wanita yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Australia dan British ini juga bijak ‘menggunakan’ namanya. Membina empayar perniagaan menggunakan namanya sebagai jenama merupakan langkah yang bijak. Hasil kekayaan dalam bisnes juga menjadi salah satu faktor wanita ini bergelar billionaire
.Kylie pernah berusaha untuk menghalang bintang realiti televisyen Kylie Jenner daripada memiliki tanda dagangan ke atas nama ‘Kylie’. Sebelum itu, Kylie telah memiliki tanda dagangan ke atas nama ‘Kylie Minogue’, ‘Kylie Minogue Darling’ dan ‘Lucky – the Kylie Minogue Musical’.
Kylie juga merupakan seorang pejuang dan aktivis kanser payudara. Wanita berambut perang ini disahkan mengidap kanser payudara di usia 36 tahun. Walaupun terpaksa membatalkan konsert yang telah dirancangnya namun Kylie begitu optimis berjuang memerangi penyakitnya dengan melakukan kemoterapi dan rawatan susulan sehingga disahkan bebas dari kanser pada bulan Februari 2006.
Ramai wanita mula melakukan ujian mamogram selepas membaca tentang kisah kanser Kylie sehingga disebut sebagai “The Kylie Effect,”. Kylie tampil buat pertama kali di tempat awam selepas didiagnos kanser payudara pada 8 Julai 2005 apabila beliau melawat kanak-kanak yang menghidap barah di Hospital Melbourne’s Royal Children. Semangat juangnya telah menyuntik inspirasi ramai wanita sepertinya.
Setelah hampir 30 tahun bermastautin di England khabarnya Kylie mahu pulang ke tanah airnya Australia.
This website uses cookies.