Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata, penampilan Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong makin berseri dengan wajah yang manis.
Malah, Emma kini kelihatan lebih ceria dengan kulit putih merah jambu milikya, menimbulkan persoalan dikalangan para peminat, apakah ‘rahsia’ penjagaan kulit ibu kepada Shariq Gabriel dan Shakil Aryan ini.
Ketika ditemubual NONA, Emma menyatakan bahawa dia juga sama seperti wanita lain diluar sana yang tidak terlepas dari menghadapi masalah kulit.
Emma turut berkongsi tentang pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Shariq, dimana pada ketika itu dia mengalami masalah kulit wajah yang agak kronik.
“Masa first time saya hamil, muka saya agak teruk sehinggakan tak berjumpa dengan orang.
“Saya sendiri tak biasa lihat perubahan kulit wajah dan fizikal badan saya, ada satu ketika saya menangis di dalam tandas. Suami terpaksa pujuk disebabkan perubahan yang saya alami ketika itu mengejutkan diri ini.” ujarnya.
Pelakon berusia 32 tahun itu berkata lagi tiada tip penjagaan wajah namun dia lebih akur dalam penjagaan emosi terutamanya ketika sedang hamil.
Malah dia juga akui selepas bersalin, penjagaan pantang amat ditekankan dan cuba untuk melangsingkan badan bagi kesihatannya.
“Bila dah hamil kali kedua saya semakin matang tak mudah melatah, saya dah pandai jaga emosi. Tengok sahaja muka naik jerawat, saya pakai face masker atau skincare, jaga sebelum makin teruk,
“Mengandung memang akan berbadan besar, lihat pula ramai kakak-kakak saya jaga badan jadi saya ikut cara mereka untuk penjagaan badan,
“InsyaAllah lepas bersalin saya akan cuba untuk kecilkan semula badan tapi bukan untuk suami atau orang, malah lebih demi diri sendiri dan kesihatan.” katanya lagi.
Sekadar info, Emma Maembong dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Ferbruari 2020. Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran dua hero Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Instagram Emma Maembong
This website uses cookies.