Kecantikan

Bergelar Ibu Dua Anak, Bukan Alasan Diana Danielle ‘Maintain’ Cantik! Hanya Amalkan Rutin Asas Dah Memadai

Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.

Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Diana Danielle yang mempunyai latar belakang kacukan Malaysia-Amerika Syarikat. Menurutnya, yang lebih mesra disapa sebagai Dee, selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.

Ini Cara Diana Danielle Lembapkan Kulit Kering, Atasi Iritasi

Ketika bertemu Dee, pada salah satu majlis pelancaran serum kecantikan di Ibu Kota team NONA sempat bertanyakan apakah Dee pernah mengalami sebarang masalah kulit dan bagaimana cara dia mengekalkan kecantikan kulit atau rejim kecantikan yang diamalkanya, jom semak!

Menurut isteri kepada aktor Farid Kamil itu, dia merupakan seorang yang amat ‘simple’ apabila berkongsi tentang rutin kecantikan miliknya, Diana mendedahkan bahawa dia tidak gemar memakai terlalu banyak produk penjagaan kulit, cukup sekadar yang asas sahaja.

1. Ais Bantu Kurangkan Iritasi Kulit

 

“Sebelum lakukan apa-apa jua rutin kecantikan sebaik bangun sahaja daripada tidur Dee akan pastikan minum air secukupnya terlebih terlebih dahulu, kerana itu adalah rutin terbaik untuk kulit.

“Selepas itu, Dee akan basuh muka dengan pencuci muka yang mampu menghidrasi kulit sekaligus mengatasi masalah kulit kering, sebab kulit Dee jenis agak kering.

“Kemudian, saya akan prep muka dengan ais batu setiap kali sebelum menjalankan rutin skincare atau solekan, ini bertujuan untuk sekatakan complexion

kulit Dee, sebab selain menghadapi masalah kulit kering, kulit saya kadang-kadang ada masalah tompok-tompok merah.

2. Pelembab Menjaga Kelembapan Agar Kulit Tidak Kering

 

 

“Saya akan pastikan sebelum bersolek akan prep muka menggunakan pelembab terlebih dahulu. Oleh kerana mempunyai masalah, kulit kering Dee suka bertukar-tukar pelembab.

“Jadi Dee ada lima ke enam pelembab, dan akan pilih menggunakan pelembap yang lebih ringan pada hari-hari biasa. Serta pelembap yang lebih berat, jika memerlukan Dee untuk mengenakan solekan yang tebal pada hari shooting, hadiri event dan sebagainya,” jelas Diana Danielle.

3. SPF Penting Untuk Melindungi Kulit!

 “Paling penting, jangan lupa gunakan sunscreen setiap hari tidak kira semasa berada dalam atau luar rumah untuk melindungi kulit kita dari kesan pancaran matahari.

“Dee suka gunakan sunscreen jenis spray, kerana lebih mudah untuk kita re-apply dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum dan selepas kita berada di luar rumah,” ujarnya.

Untuk rekod, Diana Danielle merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola dan telah membintangi beberapa filem dan drama TV sehingga kini.

Pada 3 November 2012, Diana Danielle telah mengakhiri zaman bujangnya bersama aktor dan pengarah, Farid Kamil dan hasil perkongsian hidup selama dua belas tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Foto: Facebook Diana Danielle

 

 

Share
Published by
Haifa Nasir