Datin Lelawati Raffik atau lebih mesra digelar sebagai Datin Leyla ini ternyata bertuah kerana kecantikan aslinya sebagai anak kacukan Melayu-India masih terserlah walaupun kini mencecah usia 40an.
Ads
Bukan saja anggun malah Datin Leyla juga berjaya mengekalkan bentuk tubuh yang ramping biarpun bergelar ibu kepada tiga anak remaja iaitu Aretha Ann Philis (16), Alysha Ann Philis (12) dan Emir Adam Shah (11).
KERJA DARI RUMAH
“I’m quite a tradisional mom. Selalunya kalau hari persekolahan, rutin saya akan bermula pada pukul 5.30 pagi. Setelah anak-anak ke sekolah sekitar pukul 6.50 pagi saya akan sediakan pula secawan kopi bersama suplemen untuk suami.
Selalunya kami akan duduk di patio pada pukul 7 pagi sambil menikmati kopi bersama. Ketika inilah kami akan berbincang mengenai kerja serta perancangan untuk perniagaan. Saya juga akan berkongsi tentang perkembangan anak-anak sebelum suami ke tempat kerja.
Sebelum ini hampir 14 tahun saya dan suami berada dalam industri oil and gas. Kini saya serahkan semuanya kepada suami yang bertindak sebagai ketua atau mastermind untuk syarikat kami. Saya hanya bekerja dari rumah.
Selain menguruskan bahagian jualan dan pemasaran, saya juga bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan kakitangan dan mesyuarat. Bekerja dengan suami ada kelebihan dan cabarannya. Tapi apa yang penting saling profesional, komited dan banyak bersabar.
Setakat ini, sepanjang bekerja bersama kami tiada masalah. Sejujurnya memang seronok menguruskan perniagaan bersama suami kerana masing-masing mengambil semangat serta saling memberi sokongan. Susah senang pun bersama-sama.
Kesimpulannya, saya suka bekerja dengan suami. Kami bebas berbincang apa jua perkara tanpa berselindung. Masing-masing jujur dan ikhlas dalam memberi teguran serta nasihat. Apa yang penting ialah saling menghormati kedudukan masing-masing, barulah segala urusan menjadi mudah.
Ads
RAHSIA CANTIK
Untuk kesihatan dan kecantikan saya seimbangkan kedua-duanya. Setiap pagi saya amalkan meminum satu liter air kosong di samping mengambil suplemen secukupnya. Saya juga menggunakan produk yang bebas bahan berbahaya serta ada bukti penyelidikan. Walaupun kesannya lambat yang penting ia selamat.
Untuk kecergasan pula saya melakukan rutin workout hanya di rumah kerana ianya lebih selesa dan bebas. Kalau ke spa pula selalunya saya akan pergi ketika bercuti sahaja.
Ads
MENJADI IBU YANG TERBAIK
Saya mengharapkan agar sentiasa dapat meluangkan masa bersama keluarga biarpun kadangkala sibuk dengan urusan kerja. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya menjadi isteri dan ibu yang terbaik.
Sebagai wanita saya sangat kagum kerana kita mampu mengendalikan beberapa situasi dalam satu masa. Kitalah wonder women. We can do things at one go!” Suami dan anak-anak menjadi kekuatan maka saya berusaha melakukan yang terbaik demi mereka.
Zaman sekarang nak mendidik anak-anak sangat mencabar. Sebagai ibu juga saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak. Saya sering meletakkan diri ini sebagai sahabat kepada anak-anak di samping menasihati, menegur dan berkongsi pendapat bersama mereka.”
Kredit Foto: Instagram Leyla Raffik
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam membuat pilihan, biarlah menggunakan akal dan fikiran. Jangan buat sesuatu yang nampak ‘hodoh’ dan tidak cantik dipandang mata. Akhlak Nabi Muhammad begitu indah, apa salahnya jika kita jadikan panduan hidup seharian.
Islam itu sangat indah. Sudah dinyatakan dengan terang di dalam al-Quran apa yang boleh dilakukan untuk berbuka puasa malah Nabi Muhamad S.A.W sendiri dah ajar kita cara Baginda berbuka puasa. Ada juga yang masih buat benda-benda pelik kononnya untuk memudahkan cara.
Dalam perkongsian yang divideokan Ustaz Muhamad bin Abdullah Al Amin atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Amin, beliau menjelaskan bagaimana Rasulullah S.A.W berbuka puasa:
“Cara Nabi S.A.W berbuka adalah dengan meminum air sejuk, bukan bermakna air di dalam peti sejuk kerana pada zaman dahulu tidak ada peti sejuk. Bermaksud ia bukan air panas beserta buah tamar. Bilangan tamar pula sunnahnya adalah yang ganjil”
Biasanya, apabila berbuka puasa, apa yang kita akan cari dulu? Tentu air dan nasi kan? Tetapi dalam post lain di Instagram Ustaz Amin menjelaskan mengapa kita perlu memilih juadah ringan untuk berbuka puasa?
“Kerana jika kita kenyang lepas solat maghrib, kenyang adalah makhruh. Tapi tak cacatkan pahala puasa. Tetapi apabila kita terlalu kenyang sangat ketika berbuka puasa, makhruh itu mencacatkan pahala puasa kerana urusan berbuka sebahagian daripada puasa.”
Oleh itu, pilihlah juadah ringan dan ringkas ketika berbuka dan sambung kembali selepas mengerjakan solat Maghrib.
Lain pula halnya dengan orang yang memilih untuk berbuka puasa dengan mengorek hidung. Kedengaran jelik dan geli tetapi masih ramai yang menggunakan kaedah ini kononnya untuk berbuka puasa tetapi tidak ada makanan dan minuman untuk di ambil ketika itu.
Kata Ustaz Amin, jika boleh sediakan di dalam kereta air kosong dan buah tamar sekurang-kurangnya dua tiga biji. Memandangkan ketika bulan puasa kesesakan lalu lintas lain macam keadaannya jadi sekurang-kurangnya apabila terkandas, boleh juga berbuka dengan air kosong dan buah tamar.
Namun, mengorek hidung bukanlah pilihan yang terbaik. Kata Ustaz Amin:
“Mengorek hidung bukan berbuka puasa. Ia hanya membatalkan puasa.”
Cukup jelas dan ringkas penjelasannya. Untuk anda yang sering berhadapan dengan kesesakan jalanraya sehingga terpaksa berbuka di dalam kereta, sediakanlah apa yang patut. Amalan sunnah banyak ganjarannya terutama di bulan Ramadan.
Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati ini bukan saja dikurniakan wajah yang cantik tetapi rajin ke dapur. Jika melihat wajah kacukan mat saleh ini tidak terlintas di fikiran bahawa Farahdhiya suka masak lauk kampung.
Walaupun Farahdhiya yang berkulit putih gebu ini dilahirkan di Sarzana, Itali tetapi seleranya jauh berbeza dengan negeri kelahirannya, “Saya hantu budu dan tempoyak,” kongsi wanita yang pernah berlakon dalam drama Cinta Tanpa Henti ini.
Teruja melihat bahan-bahan masakan lauk kampung telah dikongsi Farahdhiya di laman media sosialnya. “Sambal tempe petai bilis for dinner, awal tadi dah masak lunch, sambal tempe ni buat tambah lauk dinner je,” kongsi pemenang tempat kedua pertandingan Gegar Vaganza Musim 2015.
Menurut Farahdhiya, antara perkara yang membahagiakannya adalah apabila dapat pergi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang.
Tambah penyanyi yang pernah mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik ini dia merupakan seorang kaki masak lebih-lebih lagi lauk kampung. Beruntunglah siapa yang dapat menyunting Farahdhiya sebagai suri hidup. Perut sentiasa dijaga lebih-lebih lagi buat jejaka yang gemar masakan kampung.
Farahdhiya juga tidak suka membazir, katanya, “I’m strict at home, makan dulu apa yang ada. Kalau tak cukup baru tambah apa-apa yang patut. Saya pantang orang bazir makanan dari dulu lagi. Duit tak senang nak cari, bazir makanan ibarat buang duit ke dalam longkang,”.
Lebih menarik apabila Farahdhiya sempat berpesan dengan pesanan yang padu, “Nak makan sedap tak ada masalah, yang mana isteri, mak, kakak atau adik pandai masak untunglah awak. Kalau yang tak pandai tu nak buat macam mana, dah nasib awak macam tu. Dalam dunia ni Kalau tak pandai semua benda boleh belajar, antara nak atau tak je. Orang malas selalu rugi,” coret Farahdhiya lagi.
Mengintai laman sosial milik penyanyi cantik ini, macam-macam hidangan yang telah dikongsinya. Tengok meja yang penuh hidangan lazat, telan air liur je.
Pengacara terkenal, Nadia Annuar yang juga anak kepada usahawan terkenal Kak Ton ini kelihatan semakin cantik dan ramping.
Memiliki pakej lengkap sebagai seorang wanita, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Shahrul Annuar sukses mencipta nama dalam dunia pengacaraan.
Setiap kali muncul di kaca televisyen, ramai yang terpegun dengan kepetahannya berbicara selain bijak ‘memancing’ penonton untuk terus menonton.
Biarpun sibuk dengan dunia pengacaraan, Nadia tetap tampil fit, cantik dan bergaya. NONA kongsikan rejim penjagaan kecantikan dan kesihatan yang diamalkan Nadia.
“Setiap pagi saya akan amalkan minuman kesihatan di samping banyak minum air putih dan senaman ringan. Ia membantu tubuh sentiasa sihat dan cergas.
“Dari segi penjagaan kulit pula, saya akan pastikan mencuci muka dengan konsisten setiap hari serta mengelakkan produk-produk yang meengandungi bahan kimia berbahaya.”
JAGA STAMINA
Tujuh cara berikut bagaimana Nadia mengekalkan stamina agar kekal aktif dan bertenaga.
Kurangkan minuman bergula dan banyakkan minum air putih.
Banyakkan aktiviti riadah seperti berjalan, bersenam ringan. Jangan duduk sahaja sepanjang hari.
Rehat secukupnya tetapi jangan terlalu banyak rehat.
4. Amalkan makanan kurang lemak, kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan sayur-sayuran.
5. Setiap hidangan mesti ada sayur.
6. Kawal kadar stres dan kekalkan sikap yang positif.
7. Sentiasa hidup gembira.
“Jika tiada masa hendak ke gymnasium atau tiada peralatan, itu tak bermakna saya tidak boleh bersenam. Jangan jadikan alasan itu untuk tidak bersenam ya.”
5 SENAMAN HARIAN NADIA ANNUAR “Saya kongsikan senaman harian yang dilakukan jika tiada masa ke gymnasium atau tiada peralatan senaman.
Lompat bintang (15 kali)
Push ups (10 kali)
Squat stop (12 kali)
Skipping (40 kali)
Sit ups (12 kali)
“Ulang selama 3-4 kali pusingan. Jangan rehat lebih 30 saat selepas setiap pergerakan. Sambil buat kardio sempat buat 5 step senaman tersebut.”
Kredit Foto: Instagram Nadia Annuar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...