Untitled design

Penceramah dan pendakwah terkenal, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin merupakan contoh isteri solehah yang sentiasa berdiri teguh di belakang suami. Ustazah Fatimah Syarha, 37, adalah isteri kepada Dr Farhan Hadi bertugas di bahagian kecemasan Hospital Pakar al Islam, Kampung Bharu Kuala Lumpur.

Ads
Bergelar Isteri Seorang Doktor, USTAZAH FATIMAH SYARHA Kongsi Detik Menyentuh Hati
Pasangan bahagia, Ustazah Fatimah Syarha dan suami, Dr Farhan Hadi.

“Sebagai isteri seorang doktor, banyak perkara menyentuh hati saya terutama sepanjang pandemik COVID-19. Sebagai frontliner suami mahu keluarga terselamat daripada risiko di mana seorang doktor mungkin membawa balik kuman dan virus setelah bertugas. Namun dalam masa sama, suami juga mempertimbangkan saranan agama. Akhirnya, kami memutuskan untuk mengikut petunjuk agama agar tidak lari dari kawasan wabak.

Kami teguh di belakang perjuangan Abi (panggilan kepada suami) dan semua yang seangkatan dengan Abi!” Saya lihat semangat suami untuk berbakti bukan hanya di hospital bahkan di rumah. Saya juga lihat anak-anak faham erti kesabaran, menahan rindu terhadap Abi mereka.

Bergelar Isteri Seorang Doktor, USTAZAH FATIMAH SYARHA Kongsi Detik Menyentuh HatiPernah menitis air mata saya melihat suami pulang lewat malam dalam keadaan menahan lapar. Katanya, sempat menjamah sedikit sahaja makanan hari itu. Sebelumnya, suami oncall semalaman, pulang sekejap waktu pagi dan tengahari masuk kerja lagi sampai tengah malam. Saya tak dapat bayangkan betapa penatnya dia. Di rumah, suami tak banyak berehat. Kerja bertali arus. MasyaAllah.

Tugas utama saya sebagai isteri ialah mengemas, menyapu dan memasak. Bab kain baju suami tetap mahu uruskan walaupun dia sudah sibuk di hospital. Bab memasak, suami selalu mahu turut serta memberikan sinergi. Ia menyebabkan saya sebak sendiri. Semoga Allah SWT memberinya syurga tertinggi.

Bergelar Isteri Seorang Doktor, USTAZAH FATIMAH SYARHA Kongsi Detik Menyentuh HatiPESANAN
Buat mereka yang pasangannya doktor seperti saya, ingatlah Allah Maha Pelindung, Maha Penjaga, Maha Pemelihara. Jaga zikir-zikir terpilih dalam al-Quran dan al-Sunnah seperti dalam al-Ma’thurat, Manzil atau Hisnul Muslim sebagai doa perlindungan pagi dan petang. Pujuk hati dengan keindahan maksudnya. Jadikan musibah ini asbab kita makin dekat dengan Allah SWT.

Ads

Kenang seketika, saat Rasulullah SAW dipulau di perbukitan selama 3 tahun dalam keadaan lapar dan serba kekurangan. Isteri baginda, Khadijah menemani perjuangan dengan rela dan cinta. Kita cuma perlu berada di rumah, sabar sepanjang ketiadaan pasangan yang berjuang di barisan hadapan. Walaupun kita juga terpaksa menempuh kesukaran menguruskan anak-anak sendirian, namun yakinlah, insyaAllah inilah peluang kita meraih pahala syahid meskipun tidak mati, sebagai mana yang dikhabarkan dalam riwayat yang sahih.

Ads

Bergelar Isteri Seorang Doktor, USTAZAH FATIMAH SYARHA Kongsi Detik Menyentuh HatiCiptakan bahagia di rumah bersama keluarga tersayang dan nikmati detik-detik bersama dengan mencipta pelbagai kenangan istimewa. Rasai semua musibah ini. Ada rahmat yang indah dari Ilahi. Biar pasangan pulang dalam keadaan bahagia dan terubat melihat anak-anak menerima jagaan dan pendidikan sebaik-baiknya. InsyaAllah, kita juga sedang berjuang di medan kita.”

Ustazah Fatimah Syarha dan suami turut menguruskan syarikat penerbitan buku milik mereka iaitu Sebarkan Bahagia.

Kredit Foto: Instagram Ustazah Fatimah Syarha

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI