Walau dah bergelar jutawan kosmetik, minat Wan Nur Syuhada membina empayar Kek Lapis Sarawak pula kian menunjukkan hasil lumayan. Jika sebelum ini Wan Nur Syuhada Wan Norzie atau mesra disapa sebagai Syu lebih dikenali sebagai pengasas kosmetik SoBella, kini Syu melangkah berani membuka kafe Kek & Hutan dan menjadi pengusaha food and beverages (F&B)!
Mula beroperasi pada hujung 2023 di Bandar Kota Bharu, Kelantan, percaturan Syu membuka kafe yang menawarkan sajian asli Sarawak nyata mendapat tempat dalam kalangan peminat makanan di negeri Che Siti Wan Kembang berkenaan.
Lebih istimewa, pempengaruh terkenal Khairul Aming juga pernah bertandang ke kafe milik Syu dan menikmati sendiri juadah dan Kek Lapis Sarawak di Kek & Hutan.
Berkongsi perkembangan bisnes, Syu bersyukur permintaan terhadap Kek Lapis bertambah.
Ads
“Alhamdulillah my baby Kek & Hutan is growing and keep on growing. Makin besar, makin ramai, makin dikenali. Baru je buka production house, dah rasa kena tambah production shop lain ataupun nak buka kilang sebab demand makin tinggi.
Kadang-kadang kita ada idea, nak buat bisnes itu nak buat bisnes ini. Cuma kadang-kadang idea kita tu gila so kita shrink ourselves and tak nak buat. But it’s not about ideas. It’s about making ideas happen.
Syu masuk bidang F&B without any experience. Cuma ada idea nak punya satu kafe yang jual makanan warisan. Since Syu dari Sarawak so Syu pilih untuk angkat Kek Lapis Asli Sarawak untuk diperkenalkan keunikannya.
Alhamdulillah slowly slowly rasa Kek Lapis Asli Sarawak mula meniti di bibir crowd di Kelantan. And I’m planning to spread the goodness of Kek Lapis Sarawak ke serata Malaysia.”
Dedah Syu lagi, untuk Hari Raya saja dia meraih tempahan mencecah 2,000 biji. “Alhamdulillah first year Kek & Hutan buka tempahan raya untuk Kek Lapis Premium Sarawak, so far dah 2,000 biji kek lapis kita terima.
Maybe sikit bagi orang lain tapi alhamdulillah satu jumlah yang besar untuk team production kami yang kecil ni. A good start for team Kek & Hutan.
Ads
Maaf sangat for now kita memang tak ada buat postage sebab nak jaga kualiti kek. Texture Kek Lapis Premium ni memang sangat lembut, jauh beza dari kek lapis yang biasa.
So Syu tak nak ada risiko kek pecah ataupun bentuk tak lawa bila dapat. That’s why kita tak ada buat postage for now. Order by self-pickup di cafe Kek dan Hutan sahaja.”
Luar biasa penangan jutawan kosmetik Wan Nur Syuhada. Moga kejayaan usahawan Kelantan ini membina empayar perniagaan menjadi suntikan semangat dan inspirasi kepada lebih ramai wanita mengikut jejak langkah Syu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, kagum dengan pencapaian arkitek landskap berjaya ini! Mana tidaknya, bukan hanya memegang status isteri dan ibu dua anak. Malah LAr. Wan Salamatul Juita Datuk Dr. Wan Hashim juga sebenarnya merupakan Pengasas dan Pengarah Syarikat Verona Design Sdn Bhd. Bukan calang-calang!
Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan syarikat, dia berjaya membuktikan kemampuan diri menggenggam segulung ijazah. Meskipun sudah memiliki empayar sendiri dan dikenali dalam industri, Wan Salamatul Juita atau mesra disapa Juita tetap melanjutkan pengajian demi minat dan ilmu serta perkhidmatan terbaik kepada klien terlibat.
Yang pasti, hujung November lalu mencatat sejarah tersendiri buat Juita apabila dia berjaya meraih Master of Sustainable Landscape Management (MSLM), Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Jabatan Seni Bina Landskap, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.98!
Tidak hairanlah, Juita dipilih oleh pihak UPM sebagai antara graduan bernilai.
Ditanya dari mana datangnya semangat untuk menimba ilmu pada usia 40 tahun dan sudah pun mempunyai perniagaan sendiri, ini jawapan Wan Juita. “Anyone who keeps learning stays young. No matter how successful a person is, I believe in continues learning to upskill myself which will complement my long-term professional development.
Businesses that dedicate themselves to learning new skills will be better able to adapt to change and maintain their business under difficult circumstances in a market that is continuously evolving.
Sebagai pemilik perniagaan yang menerajui pejabat, saya menyedari kedinamikan industri ini kerana ia sentiasa berkembang dan berubah. Dalam setiap dekad akan ada cabaran baru yang akan datang.
Tetapi dalam setiap cabaran baru, apa yang kekal adalah cabaran ke arah membina dunia yang mampan dan ini adalah keperluan untuk difahami terutamanya dalam bidang landskap. ‘Therefore, the constant search of knowledge is crucial’.”
Wan Juita yang juga ibu dua orang cahaya mata menghadiri Majlis Konvokesyen UPM ke-46 sesi ketiga yang disampaikan Pro Canselor UPM, Academician Emeritus Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim.
Semoga kejayaan LAr. Juita Wan Hashim menjadi pemangkin semangat buat kaum wanita di luar sana untuk terus mengejar impian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Laman Instagram Dato Rizalman tak pernah sunyi. Baik dari segi perniagaan mahupun kehidupan yang sentiasa meriah dengan gempita suaranya. Baru-baru ini Dato Rizalman mengeluarkan RIMASK, pelindung muka yang stylo pula. Apa agaknya amalan Dato Rizalman sehingga apa sahaja yang diusahakan laku keras.
Baru-baru ini, Dato Rizalman menjadi salah seorang tetamu di konti radio sempena sambutan Hari Bapa. Ramai yang ternanti-nanti empunya suara loghat utara ini muncul. Banyak juga DM dari peminat yang tersentuh dengan perkongsian Dato Rizalman lebih-lebih lagi soal anak-anak.
Menurut beliau, Umar dan Aali dibesarkan sama seperti anak-anak lain. Mereka diberikan pendidikan mengikut apa yang mereka mahu.
“Saya tidak menekan mereka mengikut apa yang saya mahu. Asalkan mereka membesar menjadi anak yang baik dan boleh menjaga saya di hari tua, itu sudah memadai. Mereka adalah rezeki yang Allah beri pada saya dan sesungguhnya memelihara mereka adalah tanggungjawab saya,”katanya.
Semakin lama, semakin banyak rezeki Dato Rizalman sungguhpun tidak aktif lagi dalam dunia fesyen. Kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Apa agaknya amalan yang beliau lakukan sehingga setiap sentuhannya bertukar menjadi ‘emas’?
“Semua atas kehendakNya. Saya lalui hidup ini dengan percaturan yang telah ditulis secantik-cantiknya. Orang kata, nak murah rezeki kena banyak amalan. Tetapi untuk saya, memang banyak doa yang diamalkan. Tak tahu yang mana satu berkesan. Tetapi saya sentiasa displinkan diri untuk menunaikan solat sunat Subuh setiap hari dan jadikan solat sunat Dhuha sebagai amalan wajib.
Selalulah bersedekah dan membayar zakat. Kedua-dua ini memberi kesan yang sangat hebat. Pastikan sedekah itu konsisten, kalau tidak rezeki pun tak datang dengan konsisten. Mungkin saya tidak mampu bersedekah kudrat tetapi saya gunakan kelebihan yang saya ada untuk mencari idea-idea dan peluang rezeki yang lumayan. Bila ada duit, lebih mudah untuk kita bersedekah. Itu pemikiran saya.
Cuma, apa yang boleh saya kongsikan adalah sedekah yang orang tidak tahu. Rezeki Allah beri ini saya gunakan untuk membawa orang yang susah mengerjakan umrah. Pada saya, untuk apa kita sibuk menjejak kaki ke Mekah untuk mengerjakan umrah berkali-kali sedangkan ramai lagi umat Islam yang teringin untuk melihat Kaabah di hadapan mata. Teringin bersujud di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi namun tidak mampu.
Satu kebahagiaan untuk saya apabila saya diberi rezeki untuk membayar pakej umrah buat seorang tukang sapu yang begitu pandai mengaji Al-Quran. Bayangkan bagaimana dia berdoa untuk kita dihadapan Kaabah dan itulah doa yang paling mulia sekali. Istiqamahlah saat bersedekah,”pesan Dato Rizalman.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Terdahulu sebuah lagu dan muzik keluaran Yuna merupakan antara topik perbualan ramai yang hangat diperkatakan, apabila lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi itu telah didengari seramai 70 juta warga Amerika Syarikat.
Yuna Terharu, Akhirnya Berjaya Lebar Sayap Seni Di Negara Orang
Mengulas berkenaan kejayaan nya itu, Yuna menerusi Instagram Storynya menzahirkan perasaan terharu kerana akhirnya dia berjaya mengecapi kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan duri di negara orang.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuan dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Kejayaannya ini adalah kejayaan bersama, Yuna turut berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar dan membeli muziknya di Apple Music sebagai tanda sokongan hingga lagu-lagu nyanyianya menjadi hit.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.