Inspirasi

Bergelar Jutawan Kosmetik, Kini Wan Nur Syuhada Bisnes Kek Lapis Sarawak & Makin Dikenali!

Walau dah bergelar jutawan kosmetik, minat Wan Nur Syuhada membina empayar Kek Lapis Sarawak pula kian menunjukkan hasil lumayan. Jika sebelum ini Wan Nur Syuhada Wan Norzie atau mesra disapa sebagai Syu lebih dikenali sebagai pengasas kosmetik SoBella, kini Syu melangkah berani membuka kafe Kek & Hutan dan menjadi pengusaha food and beverages (F&B)!

Mula beroperasi pada hujung 2023 di Bandar Kota Bharu, Kelantan, percaturan Syu membuka kafe yang menawarkan sajian asli Sarawak nyata mendapat tempat dalam kalangan peminat makanan di negeri Che Siti Wan Kembang berkenaan.

Artikel https://www.nona.my/dulu-niaga-dari-rumah-je-kini-usahawan-sobella-beli-bangunan-7-angka-lahirkan-jutawan-wanita/

Lebih istimewa, pempengaruh terkenal Khairul Aming juga pernah bertandang ke kafe milik Syu dan menikmati sendiri juadah dan Kek Lapis Sarawak di Kek & Hutan.

Berkongsi perkembangan bisnes, Syu bersyukur permintaan terhadap Kek Lapis bertambah.

“Alhamdulillah my baby Kek & Hutan is growing and keep on growing. Makin besar, makin ramai, makin dikenali. Baru je buka production house, dah rasa kena tambah production shop lain ataupun nak buka kilang sebab demand makin tinggi.

Kadang-kadang kita ada idea, nak buat bisnes itu nak buat bisnes ini. Cuma kadang-kadang idea kita tu gila so kita shrink ourselves and tak nak buat. But it’s not about ideas. It’s about making ideas happen.

Syu masuk bidang F&B without any experience. Cuma ada idea nak punya satu kafe yang jual makanan warisan. Since Syu dari Sarawak so Syu pilih untuk angkat Kek Lapis Asli Sarawak untuk diperkenalkan keunikannya.

Alhamdulillah slowly slowly

rasa Kek Lapis Asli Sarawak mula meniti di bibir crowd di Kelantan. And I’m planning to spread the goodness of Kek Lapis Sarawak ke serata Malaysia.”

Dedah Syu lagi, untuk Hari Raya saja dia meraih tempahan mencecah 2,000 biji. “Alhamdulillah first year Kek & Hutan buka tempahan raya untuk Kek Lapis Premium Sarawak, so far dah 2,000 biji kek lapis kita terima.

Maybe sikit bagi orang lain tapi alhamdulillah satu jumlah yang besar untuk team production kami yang kecil ni. A good start for team Kek & Hutan.

Maaf sangat for now kita memang tak ada buat postage sebab nak jaga kualiti kek. Texture Kek Lapis Premium ni memang sangat lembut, jauh beza dari kek lapis yang biasa.

So Syu tak nak ada risiko kek pecah ataupun bentuk tak lawa bila dapat. That’s why

kita tak ada buat postage for now. Order by self-pickup di cafe Kek dan Hutan sahaja.”

Luar biasa penangan jutawan kosmetik Wan Nur Syuhada. Moga kejayaan usahawan Kelantan ini membina empayar perniagaan menjadi suntikan semangat dan inspirasi kepada lebih ramai wanita mengikut jejak langkah Syu.

 

Share
Published by
Suzi