Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Ads
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Riena Diana yang masih hijau dalam industri hiburan tanah air. Malah, katanya sebagai selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin Ini!
Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama NONA ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
Ads
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya pada musim-musim cuaca panas, ini respon beliau.
Ads
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau keluar pada waktu tengahari atau petang, baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama ketika cuaca panas terik adalah sentiasa bawa kipas tangan, kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Pertengahan November, calendar events sosialit kembali rancak dengan pelbagai jemputan. Antara yang sempat ditemui, sang rupawan Marion Caunter sewaktu menghadiri KL Fashion Awards 2021 yang lalu.
Tampil elegan dalam persalinan jumpsuit hitam Rizman Ruzaini, choker ikonik Juste un Clou Cartier, rambut disanggul kemas, kecantikan isteri kepada SM Nasarudin ini jelas memukau mata!
Saat tangga Shangri-La dituruni, setiap mata umpama tak berkelip melihat gaya Marion. Aura bekas pengacara, penyampai radio, dan emcee terkenal ini bagaikan jelmaan Rose Dawson menuruni grand stairs dalam Titanic!
Marion dengan keramahannya yang biasa, mesra menyapa sapaan saya. Apa rahsia awet muda Marion? Sambil tertawa kecil, beliau menjawab…
“Takde rahsia! Saya berterima kasih pada ibu saya kerana dia nampak sangat muda.
Dan paling penting, kita mesti berdamai dengan diri kita. Jadilah orang yang sentiasa gembira kerana ia akan tergambar di luaran. If you feel good, it will really show on your face.” Marion Caunter
Nak dengar Marion Caunter cakap Melayu? Jom tonton video ni…
Bersahaja jawapannya, namun Marion Rose Caunter Abdullah jelas individu paling layak digelar ‘Fashion Icon of the Year’. Paling seronok bila wanita berusia 41 tahun ini ‘play dress’ dengan anak-anak, cantik sungguh gandingan ibu dan anak bila berbaju sedondon.
Hakikatnya bagi majoriti followers Marion, kisah kebahagiaan dan stail keluarga kecil ini memang jadi inspirasi.
Terkenal sebagai wanita bijak berfesyen, wanita asal Pulau Pinang ini dengan mesranya berkongsi cara-cara beliau mendapatkan inspirasi gaya.
“Mostly in Instagram. Dulu kita tengok majalah dan TV tapi sekarang saya rasa semua inspirasi datang daripada Instagram.
Bukan saja selebriti tapi mungkin orang-orang kebanyakan yang kita nampak di dalam talian. Tapi paling penting, kita mesti menjadi diri sendiri.
Pakai apa yang buat kita selesa dan apa yang dipakai itu mampu mengekspresikan siapa diri saya. Itu peraturan utama saya bila berfesyen.” Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
November ini genap 50 tahun usia Kavita Kaur Sidhu. Tapi kalau tengok susuk tubuhnya pasti ramai yang tidak menyangka umur sebenar Kavita. Tidak hanya dikurniakan tubuh langsing dan tinggi lampai, Kavita juga memiliki raut wajah cantik memukau. Tidak hairanlah dia pernah memenangi pertandingan ratu cantik, Miss Charm International 1990!
Penampilan Kavita dalam berfesyen sentiasa menjadi perhatian ramai. Apa sahaja busana yang digayakan pasti terletak cantik sempurna di tubuh rampingnya. Malah keperibadian Kavita yang ramah juga disenangi ramai termasuk dalam kalangan rakan artis dan peminat.
Baru-baru ini Kavita berkongsi gambar kenangan zaman remajanya ketika menceburi bidang peragaan. Walau masih muda namun aura peragawati Kavita nyata terserlah.
Ujar Kavita, “Major throwback to 17 years old just out of high school at a model contest in KL! The prize was a shoot in Paris with Singapore magazine (the prizes were great then!) and that’s how I started my model stint in Europe.”
Kavita turut menjelaskan sewaktu bergelar model, dia sentiasa dilatih dengan amalan diet yang ketat. “We models were always on a strict diet, looking back now it was so ridiculous that dresses were one size fits all or you wouldn’t get work. Glad to see that has somewhat changed now.”
Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi positif peminat dan rata-rata mereka mengagumi tubuh ramping Kavita.
Seawal umur 18 tahun lagi Kavita sudah menakluki industri peragaan fesyen di Eropah. Wajah fotogeniknya di samping memiliki ketinggian 1.78 meter menjadi buruan jenama fesyen dan jurugambar ketika itu. Puas meneroka bidang peragaan, Kavita kemudian mencuba nasib sebagai pelakon, penerbit filem, pereka fesyen dan kini bergelar usahawan.
Antara filem yang pernah dibintangi Kavita ialah Layar Lara dan Pontianak Harum Sundal Malam.
Sudah biasa dikelilingi rakan berbangsa Melayu, Kavita disifatkan seorang wanita yang cukup menghormati budaya dan adat masyarakat Melayu. Malah, dia gemar mengenakan persalinan tradisi seperti baju kurung. Bahkan label fesyen miliknya turut menerapkan elemen kontemporari dan elegan. Selain menjadi pereka fesyen, Kavita kini rancak mengusahakan minuman kesihatan, Karamia Wellness.
Pada 6 Januari 2016, Kavita menamatkan zaman bujang bersama jejaka kacak kelahiran Itali, Roberto Guiati. Roberto merupakan pemilik restoran Roberto’s 2010 yang mengetengahkan sajian tradisi Itali dan semakin terkenal serta mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan. Tahun ini merupakan tahun kelima Kavita bergelar isteri kepada Roberto. Semoga rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia!
Kredit foto: Instagram Kavita Sidhu
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, tahniah buat Hani Karmila yang melakar sejarah dalam sukan Jiu Jitsu di Singapura baru-baru ini! Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai ibu kepada gadis cantik ini pastinya menjadi individu paling bahagia apabila puteri kesayangan berjaya meraih pencapaian tersebut.
Walau luaran nampak ayu tapi semangat juang Hani Karmila mampu menewaskan lawan.
Aktif menyertai seni bela diri Jepun ini kira-kira enam tahun lepas, Hani Karmila atau lebih dikenali sebagai Mila telah pun menyertai pelbagai kejohanan dan mengutip banyak pingat. Yang pasti, anak Puan Sri Tiara dan Allahyarham Hani Mohsin berkenaan seorang wanita yang aktif bersukan terutamanya dalam seni bela diri.
Terbaharu, Mila menambah koleksi pingatnya dalam sukan Jiu Jitsu yang berlangsung di Bedok Sport Hall, Singapura. Kejayaan Mila di pentas sukan tersebut dikongsikan ibunda tersayang di media sosial miliknya.
“So proud of my daughter, Mila. She just won an international gold medal in Jiu Jitsu! This was this morning in Singapore, in the blue belt under 58kg category. So happy for team Ryu Combat Academy on their first international outing as a gym, well done coach Abang Saef Hud.”
“This win is especially meaningful as Mila was in and out of hospital for the last few months, but she caught up with training and pushed herself so hard… and it’s all paid off today.”
Memiliki wajah seiras arwah Hani Mohsin iaitu pelakon lelaki Jimi Asmara itu, Mila di media sosialnya sering berkongsi kenangan di samping bapa tersayang sewaktu kecil. Biarpun figura bapa tidak lagi berada di sisi namun kenangan anak-beranak ini kekal sampai bila-bila.
Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006. Hasil perkongsian hidup, Hani dan Puan Sri Tiara dikurniakan Hani Karmila. Selepas berpisah dengan pelakon tersebut, Puan Sri Tiara Jacquelina berkahwin dengan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...