YB SENATOR RAS ADIBA RADZI

Kagum dengan semangat juang yang tersemat kemas dalam diri wanita cekal ini. Mana tidaknya, walau mengalami keadaan lumpuh separuh badan namun Yang Berhormat (YB) Senator Ras Adiba Radzi berjaya membuktikan kemampuan diri. Bahkan lebih hebat berbanding insan sempurna lain!

Selain bergelar seorang senator, atlet para negara dan aktivis Orang Kurang Upaya (OKU), beliau mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila menerima pelantikan sebagai Pengerusi baharu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 24 November lepas di Parlimen. Perkhabaran gembira itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. Tahniah!

IKLAN

Menariknya, YB Ras Adiba yang juga merupakan bekas personaliti TV ini menjadi wanita pertama dilantik menjawat tugas berkenaan dalam sejarah penubuhan BERNAMA selama 53 tahun. Menerusi pelantikan tersebut, wanita berjiwa kental berusia 52 tahun ini diberi kepercayaan untuk menguruskan operasi stesen radio Bernama Radio dan saluran Bernama TV. Beliau mengisi kekosongan jawatan itu yang pernah disandang Suhaimi Sulaiman sebelum ini.

Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA!

Tanggal 20 Mei lepas, YB Ras Adiba mengangkat sumpah jawatan sebagai senator dan merupakan perwakilan OKU di Dewan Negara. Beliau dilaporkan menerajui sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak OKU atau lebih dikenali sebagai OKU Sentral. Semasa pandemik Covid-19 melanda negara, YB Ras mewakili OKU Sentral turut aktif memberi bantuan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Nama Ras Adiba Radzi mula dikenali sejak beliau menjadi penyampai berita pada tahun 1986 ketika baru berusia 18 tahun. Beliau kemudian meninggalkan industri penyiaran selepas 34 tahun menceburi bidang yang diminatinya itu. Atas usaha gigih dan semangat jitu, YB Ras Adiba diberi anugerah Tokoh Srikandi Negara 2014.

Bagaikan tidak puas dengan pencapaian yang telah dicapai, beliau turut bergiat aktif dalam arena sukan termasuk pernah mewakili negara ke Sukan Para ASEAN 2015 dan Sukan Para ASEAN 2018 menerusi acara menembak 10m air rifle.

Gemar berkongsi aktiviti dan rutin harian buat tatapan umum, YB Ras Adiba menjelaskan, “Kini sudah 18 tahun saya menjadi seorang pesakit saraf tunjang yang lumpuh separuh badan di bahagian Thorasic 10 atau T10. Payah, sukar dan tak keruan hidup saya. Namun saya bersyukur akan segala yang telah terjadi dan akan menjelang.

Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA!

Berpeluang menemubual insan hebat ini sekitar tiga tahun lalu, perkongsian YB Ras Adiba cukup meninggalkan kesan. Detik hitam yang menimpa dirinya kira-kira 25 tahun lalu benar-benar menyentap semangat dan keyakinan diri. Mengakui kelu dan kaku menerima ketentuan takdir saat itu, langit cerah yang menerangi hidup beliau selama ini bertukar mendung sekelip mata. Baru ‘semalam’ dia berjalan lincah seperti insan normal lain tapi hari berkenaan dia terpaksa menggalas status Orang Kurang Upaya (OKU). Sekian lama bertarung dengan emosi dan diri sendiri, YB Ras Adiba akhirnya temui erti hidup yang lebih luas.

“Kita diberikan peluang untuk hidup dalam apa jua keadaan yang dilalui. Kena percaya semuanya telah tertulis. Kalau jatuh, susah… bangkit balik. Kita kena bertanggungjawab. Orang yang kita sayang kadang-kadang akan tinggalkan kita. Tak mengapa. Tapi Tuhan tak pernah tinggalkan kita. Ramai lagi orang yang susah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jangan benarkan masalah menjadikan hidup kita tak keruan. Biar kita menangis sebentar dan kemudian kita dapat berjalan terus.

IKLAN

Segalanya bermula pada tahun 1995 saya balik dari buat liputan di Stadium Shah Alam. Kereta depan brek dan kereta belakang langgar saya. Saya tercampak keluar dari motokar. Masa tu injury saya di leher saja. Masih boleh berjalan tapi kesakitan. Saya terpaksa makan ubat pain killer yang banyak. 2001, saya dipukul depan rumah mak saya sebab orang nak curi motokar. Masa dipukul, titanium di leher patah. Jadi injury lama turun ke bahagian dada. Masih makan pain killer dan waktu itu masih boleh berjalan.

Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA! Bergelar Senator, Atlet Para & Aktivis OKU, RAS ADIBA Kini Dilantik Pengerusi BERNAMA!

2002 saya ambil barang dari almari yang tinggi. Saya jatuh dekat T10 iaitu bahagian pinggang. Ia patah dan putuskan urat saraf. Saya tak boleh merasa dan bergerak. Membuatkan saya separuh lumpuh. Setakat ini tiada lagi rawatan yang boleh menyembuhkan keadaan saya tapi manalah tahu ada yang diperbaiki oleh-Nya. Kita kena selalu bersangka baik kepada Tuhan sebab di sebalik kejadian ini pasti ada hikmah.

Sepanjang tempoh itu juga saya pernah berdoa agar Allah membawa saya pulang sebab saya tak tahu hidup sebagai OKU. Saya dah terbiasa panjat sana sini dan aktif. Tapi hari ini, saya bersyukur sebab kalau saya bukan OKU, saya tak akan dapat apa yang saya miliki sekarang. Bagi saya, kekurangan saya adalah keupayaan saya. Alhamdulillah.

IKLAN

Beza sekarang dan dulu adalah saya cuma tak boleh berjalan. Tapi saya tetap buat benda lain sama macam orang lain juga. Saya membersihkan rumah, mop lantai, gosok dan basuh baju, bawa kereta. Tak ada masalah. Tak ada excuse pun. Saya selalu beritahu diri agar menjaga diri sendiri. Tak akan ada orang menjaga kita selain Tuhan,” terangnya yang merupakan ibu dua anak.

Ujarnya lagi, “Saya mahu wanita mempercayai keupayaan diri dan percayalah perkataan mustahil tak ada. Anda boleh lakukan apa saja asalkan kuat semangat dan kerja keras. Hanya kita saja.. kaum wanita yang boleh menggoncangkan dunia.”

Semoga perkongsian YB Senator Ras Adiba Radzi menjadi pembakar semangat buat seluruh wanita agar terus maju ke hadapan dan mencipta kejayaan cemerlang.

 

 

Kredit foto: IG YB Senator Ras Adiba

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI