Beliau bukan hanya menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri bahkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin ini juga sebenarnya ibu kepada lima orang anak. Meskipun ada anak kecil namun semangat beliau untuk menaik taraf kehidupan usahawan khususnya dalam kalangan wanita cukup berkobar-kobar.

Menyelami kehidupan wanita masa kini yang serba mencabar apatah lagi bertindak sebagai ibu yang menguruskan keluarga, Datuk Mas Ermieyati atau mesra di sapa Datuk Emy sedaya-upaya mengembangkan potensi wanita untuk menjana pendapatan mereka. Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengambil kelebihan tugas tersebut untuk memartabatkan lagi kredibiliti golongan wanita.

Ads

Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik! Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik! Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik!

Kagum dan teruja melihat penglibatan ramai kaum hawa menjadi usahawan berjaya dan bergelar jutawan seperti sekarang, Datuk Emy menerusi kementeriannya merancang lebih banyak program keusahawanan baharu demi membuka peluang kepada lebih ramai wanita untuk menceburi bidang perniagaan.

“Sempena sambutan Hari Wanita 2021 yang jatuh pada 8 Mac 2021, adalah menjadi impian setiap wanita untuk terus memperkasakan dan mendaya upayakan wanita yang lain untuk terus berjaya dan melangkah dalam mendepani cabaran masa hadapan dengan mengambil kira norma baharu.

Setiap wanita perlu terus bangkit dan mempertingkatkan sosioekonomi kita, supaya kita dapat terus menyumbang kepada keluarga, komuniti dan negara.

Dari sudut keusahawanan, sebab itu saya dan Kementerian yang saya dokongi akan meneruskan agenda memperkasakan keusahawanan wanita dengan menterjemahkan perjuangan ini melalui penubuhan Jawatankuasa Induk Keusahawanan Wanita (JIKW) dan Jawatankuasa Teknikal Keusahawanan Wanita (JTKW) di peringkat Kementerian khusus untuk koperasi/komuniti usahawan wanita dari pelbagai latar belakang sektor perniagaan termasuklah kategori penjaja kecil (informal).

Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik! Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik! Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik! Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik! Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik!

Besar harapan kami di Kementerian untuk melihat peratusan penglibatan usahawan dalam kalangan wanita dapat terus dipertingkatkan. Usahawan wanita yang sedia ada akan kita gembleng usaha untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya tidak mahu golongan wanita ketinggalan atau terpinggir dalam agenda ini kerana agenda ini adalah untuk kita yang bergelar wanita. Dari wanita kepada wanita! In shaa allah.”

Ads

Selain itu, Datuk Emy ketika dihubungi Nona turut memaklumkan usaha memperhebat kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik! Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik! Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik!

Bergelar Timbalan Menteri & Ibu 5 Anak, DATUK MAS ERMIEYATI Buka Peluang Wanita Ceburi Bisnes & Politik!

Ads

“Bagi meningkatkan penyertaan kumpulan sasar terutamanya WANITA dalam agenda keusahawanan dan koperasi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menjalinkan kerjasama strategik melalui penawaran 13 program khusus melalui agensi-agensi berkaitan terutamanya dalam mendepani cabaran perniagaan khususnya bagi mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.”

Dalam pada itu, Datuk Emy melahirkan hasrat agar lebih banyak penglibatan kaum wanita dalam arena politik negara.

 

 

Kredit foto: Instagram Datuk Mas Ermieyati

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI