“Berhentilah merokok..” Dek Pemergian Tiga Insan Tersayang, Datuk Aznil Haji Nawawi Sokong RUU GEG

“Ayah Pak Nil pergi sebab rokok…abg Pak Nil dua orang pergi sebab merokok. Kesianlah mak ayah…” Berikut adalah luahan Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil selepas beliau memuatnaik sedutan IG Live pada tahun 2019. Dalam sedutan tersebut, Pak Nil juga berkongsi bahawa dia sudah kehilangan 3 orang keluarga tersayang disebabkan rokok.

Menurut Aznil atau mesra disapa Pak Nil, dia mengakui sedih melihat insan-insan istimewa dalam hidupnya telah meninggal dunia kerana penyakit paru-paru, strok,  dan kanser paru-paru yang akibat merokok.

“Derita jiwa bila melihat mereka pergi kerana sakit paru-paru, strok, dan kanser paru-paru. Semua berpunca dari merokok”, sebak Pak Nil dalam videonya itu.

Pak Nil turut menambah yang beliau menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. RUU tersebut bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok.

******************************

Sekarang musim penyakit. Andai rumah anda tidak bersih, penuh dengan debu dan kotoran pasti akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti demam, selesama dan lain-lain. Jom dapatkan penyedut hampagas yang praktikal ini! Jom dapatkan satu, (klik link ini

) dan guna kod promo khas untuk followers Nona iaitu NONGSP5. 

******************************

Foto: BERNAMA (2021)

Malah, ia turut melibatkan Generation End Game (GEG) atau Dasar Generasi Penamat di mana bertujuan untuk melarang menjual produk tembakau dan rokok elektronik kepada mereka yang lahir dari 1 Jan 2007 dan seterusnya, dengan larangan itu bermula pada 2025.

Mengintai dari hantaran sedutan IG Live yang disiarkan Datuk Aznil, dapat dilihat ramai selebriti dan VIP yang turut menyokong RUU ini diluluskan segara agar banyak nyawa dapat diselamatkan, antaranya Khai Bahar, Yang Mulia Che Puan Sarimah binti Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina dan ramai lagi.

Rang undang-undang itu mula dibentangkan di Parlimen pada 27 Julai dan dijangka dibahaskan dan diundi di Dewan Rakyat pada hari ini.

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus