Berikutan kejayaan acara jualan Ulang Tahun Ke-5 dan Jualan Tengah Malam tahun lalu, kali ini Johor Premium Outlets mengadakan Jualan Hari Kebangsaan yang tidak boleh dilepaskan untuk pengunjung sempena tahun Kemerdekaan kali ke-60 negara tahun ini.
Jualan sambutan selama lima hari yang begitu dinanti-nantikan ini akan bermula dari 30 Ogos sehingga 3 September. Para pengunjung akan menikmati waktu beli-belah yang dilanjutkan dari 10 pagi hingga 12 tengah malam dan potongan harga yang lebih hebat sehingga 90%.
Bagi merancakkan lagi suasana festival, Baskin-Robbins, Starbucks Coffee, TCBY Frozen Yogurt dan The Coffee Bean & Tea Leaf akan menawarkan aiskrim, kopi ‘ice-blended’, yogurt sejuk beku dan teh ‘ice-blended’ secara percuma kepada 200 pembeli pertama sepanjang lima hari ini mulai 10 malam hingga 12 tengah malam. Kepada yang nak pergi membeli belah, kuatkan stamina dari segi mental dan fizikal! Membeli belah secara bijak dan pilih barangan yang bersesuain dengan bajet.
This website uses cookies.