Pada usia 17 tahun, Rizky Langit Ramadhan sudah berjaya melakar pencapaian membanggakan. Pastinya kejayaan yang diraih anak teruna ini membuatkan ibu tersayang yang juga selebriti popular Indonesia, Dato’ Sri Rossa tersenyum bangga.

Pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan Rossa terhadap Rizky Langit Ramadhan nyata tidak sia-sia apabila jejaka kacak tersebut membesar sebagai individu berwawasan.

Ads

Sepanjang bergelar ibu tunggal, Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani tidak pernah lelah membesarkan satu-satunya zuriat kesayangan. Bukan sekadar setia berada di sisi Rizky dalam apa juga keadaan malam dia juga sentiasa menyokong minat anak.

Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik! Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik! Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik! Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik!

Terbaharu Rossa melahirkan rasa teruja apabila Rizky atau nama penanya Skyler berjaya menerbitkan buku komik pertama, Elektrickha. Sebagai tanda sokongan, pelantun lagu Tegar ini turut hadir menyerikan majlis pelancaran komik berkenaan pada hujung Jun lepas.

Ujarnya, “His 1st comic is out now! Congratulations Rizky Langit aka Skyler, all the effort has paid off. Over 100 books are sold on the first day of release.”

Idea buku komik Elektrichka ialah ilham Rizky dan penghasilannya turut dibantu penulis Ockto Baringbing yang berpengalaman dalam penerbitan pelbagai jenis komik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik! Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik! Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik!

Difahamkan Rizky mula berminat dalam dunia komik sejak dari bangku sekolah lagi seterusnya kian bercambah ketika berada di sekolah menengah.

Ads

Rizky Langit Ramadhan merupakan cahaya mata Rossa hasil perkahwinan terdahulunya dengan bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo.

Artikel https://www.nona.my/14-tahun-berpisah-rossa-bekas-suami-masih-baik-sambut-birthday-anak-lelaki-ke-17/

Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berpisah pada tahun 2009 selepas lima tahun melayari alam rumah tangga. Rizky dilahirkan pada 3 Oktober 2006.

Ads

Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik! Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik! Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik!

Biarpun sudah 14 tahun berpisah namun Rossa dan Yoyo masih berhubungan baik. Kedua-duanya juga saling bertolak-ansur demi anak tersayang.

Malah ketika sambutan ulang tahun kelahiran Rizky yang ke-17, Yoyo sanggup datang ke kediaman Rossa untuk meraikan hari istimewa anak tunggalnya.

Semoga kekuatan dan semangat Rossa membesarkan anak menjadi ikutan wanita senasib dengannya agar terus tabah mendepani ujian hidup. Juga, Rizky menjadi insan berguna kepada masyarakat dan membanggakan ibu bapa tersayang.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI