Inspirasi

Berjaya Tunai Impian Arwah Ayah Jadi Doktor, Syafiqa Hayra Anak Mr Os Sah Bergelar Isteri!

Enam bulan mengikat tali pertunangan akhirnya Dr Syafiqa Hayra Mohd Yusof anak arwah Mr Os selamat bergelar isteri. Memilih tanggal 23 Disember 2023 untuk menamatkan zaman bujang, anak sulung daripada dua beradik ini sah menjadi suri hati jurutera kacak iaitu Ahmad Amirul Aiman Azimi dengan sekali lafaz.

Dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur, Muhammad Awal Syafrel Harez Mohd Yusof selaku adik lelaki menjadi wali kepada Dr Syafiqa Hayra.

Graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Mesir ini menerima mas kahwin RM300.

Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram @syafiqahayra

Mesra disapa Dr Hayra, wanita berusia 30 tahun ini tampil memukau dan berseri-seri hasil sentuhan magis makeup artist, Bee Ramza. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan sama cantik sama padan dalam persalinan putih bersih bertemakan Fairy Tale.

Difahamkan busana gaun kembang yang digayakan Dr Hayra ialah cetusan inspirasi gaun perkahwinan mendiang Puteri Diana. Memang terserlah kecantikan pengantin perempuan persis seorang puteri!

Bagi ibu pengantin perempuan iaitu Rahayu Muhamed Nadzir, dia bersyukur kerana anak gadis kesayangan kini menemui teman hidup.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/anak-arwah-mr-os-selamat-bertunang-dr-syafiqa-bakal-isteri-jurutera-kahwin-hujung-tahun/

Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram @syafiqahayra

“Bersyukur akhirnya dah sampai jodoh dia. Harap dia jadilah isteri yang terbaik, sabar, tabah untuk hadapi kehidupan yang baru. Semoga dia tabah dan bahagia dunia akhirat. Dia seorang anak yang mendengar katalah. Tak susah jaga dia, senang sangat. Sampai dah besar ni pun kalau kita larang dia buat apa-apa dia ikut je.

Harap-harap dia jadilah isteri yang sempurna, taat kepada suami,” ucapnya sambil menahan sebak.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/abah-sangat-tegas-penyayang-suka-jamu-orang-makan-anak-dedah-sikap-arwah-mr-os/

Sementara itu, adik lelaki yang mesra disapa Awal turut mendedahkan peribadi kakak kesayangan yang disifatkan seorang anak yang baik.

“Saya rasa bangga dengan kakak saya, setelah lama berhempas-pulas belajar, jatuh bangun dia alhamdulillah akhirnya hari ini dia berjaya dan menjadi seorang isteri.

Dia sebenarnya seorang yang baik, dalam garang ada tegasnya. Kalau buat silap, dia akan tegur. Tapi dengan adik-beradik, dia sayang. Kalau susah, dia akan bantu. Dari saya kecil sampai sekarang.”

Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram syafiqahayra
Kredit Instagram syafiqahayra

Ditanya ingatan terhadap arwah ayah, ini jawapan jujur Awal. “Kalau arwah masih ada saya rasa dia mungkin akan bangga yang tak terhingga sebab impian dia dan didikan selama ni marah kami semua berbaloi.

Apa yang dia inginkan seperti kakak jadi doktor, semua tercapai. Selebihnya selepas ni saya pula untuk banggakan arwah. InshaAllah.”

Mengimbas bibit perkenalan awal, Dr Hayra mula mengenali suami sejak setahun lalu dan rakan sebaya. “Kami berkenalan melalui mutual friends. Dia ialah kenalan kepada kawan saya yang merupakan graduan Master of Mechanical Engineering dari University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom.

Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram @syafiqahayra
Kredit Instagram @syafiqahayra

Sepanjang perkenalan kami, saya lihat dia seorang yang bekerja keras dan berwawasan tinggi. Tunang saya sekarang bekerja di sebuah syarikat perunding kejuruteraan. Dia juga dalam proses untuk menjadi seorang ‘Professional Engineer with Practising Certificate (PEPC)’.

InsyaAllah dia akan diiktiraf sebagai Jurutera Bertauliah/Accredited Engineer dengan kelayakan Inseniur (Ir.) dalam masa terdekat ini.”

Mengulas perasaan selepas sah bergelar suami, Ahmad Amirul Aiman atau dikenali sebagai Aiman ini berharap agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia. “Semoga kami terus bahagia sebagai pasangan dan gembira selalu serta bahagia hingga ke akhir hayat.”

Semoga perkahwinan Dr Syafiqa Hayra anak arwah Mr Os ini dengan suami tercinta sentiasa diberkati dan berada dalam lindungan Allah SWT.

 

Share
Published by
Suzi