Wow, terperanjat tengok penampilan terbaru Billa. Nampak lebih slim berbanding waktu dia jadi pelajar Akademi Fantasia 2015 dulu. Bukan sebab ‘makan hati’ ya, tapi khabarnya anak pemuzik kumpulan Wings, Eddie ini memang tengah berusaha turunkan berat badan. Terbaiklah Billa, sampai berjaya turunkan berat lebih 27 kg dalam tempoh lapan bulan.
Kalau bercerita bab kuruskan badan, semua wanita pun teringin hendak dapatkan berat badan ideal. Tapi bila tiba masa berdiet, ada saja alasan. Paling biasa kita dengar, ‘Ala, minggu depanlah baru start
diet.’ Sudahnya, masuk ke tahun depan pun masih sama. Lepas tu, merungut asyik cakap badan gemuk. Macam mana pula tu?Apa yang pasti, tanpa azam yang kuat mesti Billa pun tak mampu realisasikan misi berkenaan. Kalau ikut perkembangan terkini Nurnajmi Nabila Samsaidi di IGnya, memang banyak foto-foto inspirasi gadis berusia 22 tahun ini. Daripada berat 140 kg tahun lepas sampai berat terbarunya 113. 4 kg, semuanya dikongsikan Billa sebagai suntikan inspirasi kepada wanita lain yang punya misi sama sepertinya. Malah, Billa turut berkongsi tip sihat yang diamalkan.
Sambil menggunakan hashtag #jomsihatsamasama dan #letsgethealthytogether, jelas menggambarkan anak seni ini sangat positif melakukan perubahan terhadap dirinya. Dan melalui posting terbaru, Billa ada berkongsi video pendek yang menunjukkan rutin senaman perut yang menjadi amalannya. Daripada ambil pil pelangsingan yang belum terbukti selamat, lebih baik buat senaman dan kawal pemakanan seperti Billa. Dah tentu-tentu berkesan dan sihat.
Teruskan usaha anda, Billa. Semoga niat murni anak Eddie Wings ini turut memberi inspirasi kepada semua wanita agar mementingkan gaya hidup sihat!
This website uses cookies.