Seorang yang berjiwa penyayang, jasa adinda Sultan Selangor Y.A.M Tengku Puteri Datin Paduka Hajah Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terhadap rakyat dihargai sempena sambutan Hari Ibu Pekawanis 2024.

Ads

Tiba dengan senyuman, kehadiran Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah diringi isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, merangkap Yang Di-Pertua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad menyerikan suasana di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Majlis sambutan tersebut merupakan majlis kedua yang dianjurkan oleh Pekawanis secara besar-besaran yang dihadiri oleh tetamu seramai 400 orang jemputan dan disertai seramai 179 orang tokoh ibu yang terpilih di seluruh negeri Selangor.

Datin Seri Masdiana Mohamad berkata majlis anugerah ini merupakan tanda penghargaan kepada golongan ibu yang banyak berjasa kepada keluarga serta masyarakat.

Berjiwa Penyayang, Jasa Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Dihargai Sempena Hari Ibu Pekawanis 2024
Facebook PekawanisOfficial

 

Berjiwa Penyayang, Jasa Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Dihargai Sempena Hari Ibu Pekawanis 2024
Facebook PekawanisOfficial

 

Berjiwa Penyayang, Jasa Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Dihargai Sempena Hari Ibu Pekawanis 2024
Facebook PekawanisOfficial

 

“Tahniah saya ucapkan kepada ibu-ibu yang terpilih. Jasa dan pengorbanan ibu-ibu berikan sangat besar yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

Ads

Kasih sayang dan pengorbanan ibu tidak dapat dibalas walau dengan segunung emas atau selautan intan,” katanya berucap pada sambutan majlis Hari Ibu Pekawanis 2024.

Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor turut menyampaikan empat anugerah utama iaitu Tokoh Ibu Mithali kepada Maya Abu, Roslina Mokhtar (Tokoh Ibu Ikon), S Manikam (Tokoh Ibu Inspirasi) dan Yeoh Lai Jong (Tokoh Ibu Inovatif).

Ads

Pekawanis telah mengadakan majlis sambutan Hari Ibu pada setiap tahun. Namun ketika pandemik COVID-19, pergerakan sosial secara beramai-ramai adalah terbatas. Walaubagaimanapun sambutan tetap diteruskan dengan ziarah dari rumah ke rumah bagi mengiktiraf tokoh-tokoh ibu.

Sinonim dengan peribahasa, ‘tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’, jasa dan pengorbanan ibu yang menjadi tulang belakang keluarga diraikan setelah lelah bertungkus-lumus membesarkan anak dan menguruskan keluarga dengan penuh kasih sayang walaupun banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh.

Saksikan rakaman video sambutan Majlis Hari Ibu Pekawanis yang berlangsung secara gilang-gemilang, tahniah buat Tokoh Ibu 2024 yang terpilih…

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI