“Berjurai Air Mata Saya…” DR SAY SHAZRIL Sayu Ambil Kad OKU Anak, Titip Pesan Jangan Malu Jika Lahir Berbeza

Siapa yang tak mengenali dengan doktor serta personaliti media sosial, Dr Say Shazril yang cukup terkenal di media sosialnya. Selain banyak berkongsi tentang perihal masalah kesihatan, Dr Say juga seringkali berkongsi tentang perihal keluarganya.

Baru-baru ini, Dr Say Shazril berkongsi di Instagram mengenai perasannya ketika mengambil kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sepang untuk anak lelakinya. Mengakui sebak apabila melihat nama dan wajah anak pada kad tersebut, Dr Say sendiri mengalirkan air mata taktala melihatnya kad buat Ace atau namanya Aezriel.

“Dalam kereta saya amati elok-elok kad OKU tu. Besar tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya. Berjurai air mata saya, saya tak tau sebab apa. Nak kata saya malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau isteri tiba-tiba tiada di dunia ni.

“Nak kata saya sedih anak saya OKU juga tak sebab OKU tidak semestinya dia tak boleh enjoy hidup di dunia ini seperti kanak-kanak yang lain.

“Saya serius tak tahu kenapa saya sayu tapi saya mengambil masa yang agak lama untuk menerima bahawa anak saya kini ‘SECARA RASMI’ berbeza daripada orang lain,” katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata tersebut turut berkongsi mengenai keistimewaan kad tersebut. Antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan.

Sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa dapat. Banyak sebenarnya kelebihan dan keistimewaan pemegang kad OKU, jadi jangan malu untuk mendaftar anak istimewa anda.

Dr Say juga di akhir kepsyennya turut memberikan pesanan kepada mereka yang berstatus OKU atau mereka yang memiliki anak OKU agar jangan pernah malu dengan keadaan tersebut. “Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul2 nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan & keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card & i am content,” akhiri Dr Say yang juga turut berterima kasih dengan sokongan yang diterima dari para pengikutnya sejak beliau berkongsikan

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus