“Berkah Ramadan..” PUTERI SARAH LIYANA Syukur Bakal ‘Dilepaskan’ Cara Baik, Setuju Berpisah Tanpa Dendam

Pergolakan rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof yang juga pengarah filem akhirnya bakal menemui titik noktah apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman pada 18 April depan.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu.

Menerusi pertemuan antara kedua-dua pihak malam tadi, mereka mencapai kata sepakat berkenaan terma-terma penyelesaian. Antara terma-terma penyelesaian itu termasuk hadanah, harta sepencarian, mutaah nafkah anak, dan nusyuz.

Bagaimanapun, ia akan dimaklumkan pada 18 April untuk direkodkan, pada hari sama yang dipersetujui Syamsul untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi sumber Mstar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof meluangkan masa berbuka puasa semalam, Ahad dan persetujuan dicapai dalam keadaan tenang sambil berbuka puasa bersama-sama.

“Syukur alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam.

“Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah,” kata Puteri Sarah.’

Menerusi perkongsian IG story Puteri Sarah juga, dilihat dia berkongsi momen-momen bersama Syamsul Yusof di mahkamah sebentar tadi, dan nyata menarik perhatian netizen. Malah, ramai netizen sudah semestinnya mendoakan agar hubungan mereka kekal baik dan aman demi anak-anak. “Semoga berakhir denganb baik” tulisnya.

Share
Published by
Wan Firdaus