Gaya Hidup

Berkahwin Dengan Jejaka UK, Hetty Sarlene Bahagia 8 Tahun Jadi Isteri & Timang Anak Kedua!

Tahun ini memasuki tahun kelapan penyanyi, Hetty Sarlene bergelar isteri kepada jejaka United Kingdom (UK) iaitu Daniel Oakes. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, kehidupan rumah tangga Hetty atau nama sebenarnya Hetty Sarlene Abdul Hamid lebih bermakna dengan kehadiran anak kedua yang juga cahaya mata lelaki pada 25 Mei lepas.

Berkongsi momen indah itu, personaliti berusia 40 tahun tersebut memuat naik gambar mereka sekeluarga di media sosial.

“25.6.24 our second bundle of joy decided to make his first appearance 10 days earlier.

We would like to introduce you to our second gorgeous prince Hayden Ashton Oakes. We are Officially family of 4.”

Kali terakhir melihat penyanyi bersuara lantang inin di kaca televisyen ialah ketika dia menyertai program realiti Gegar Vaganza Musim Kelima 2018.

Kemunculan Hetty waktu itu nyata berjaya mengubat kerinduan peminat terhadap wanita kelahiran Singapura berkenaan.

Kira-kira enam tahun sudah berlalu kini Hetty kembali menetap di negara kelahiran. Tidak lagi menghiasi dunia seni di Malaysia, dia bagaimana pun masih aktif menyanyi dan membuat persembahan di Singapura.

Teruja menggalas tugas isteri dan ibu, anak kepada pasangan Abdul Hamid Hassan dan Sariah Omar ini menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan pada 24 Julai lepas.

Hetty Sarlene mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacak kelahiran UK iaitu Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada tahun 2016.

Artikel https://www.nona.my/7-tahun-bahagia-jadi-isteri-jejaka-uk-wajah-terkini-hetty-sarlene-anak-raih-perhatian/

“In 8 years of marriage, you’ve shown me more love than I ever thought possible. For the first time in my life, I feel truly loved, which makes me happier than you can imagine.

You have given me two beautiful children that I adore, countless unforgettable memories, and so much happiness.

Happy 8th wedding anniversary to the love of my life, the best husband and daddy anyone could ever asked for.”

Hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Landon Alexander Oakes. Landon menginjak usia tiga tahun pada Februari lepas.

Pelantun lagu popular Sangsi Asmara ini pernah membintangi drama Sembilu Kasih dan filem Sembilu 2005. Sepanjang karier sebagai penyanyi, dia pernah memenangi kategori Best Artist di Anugerah Planet Muzik 2002.

IKLAN
Share