Benarlah kata pepatah, suami dan isteri adalah pelengkap dalam kehidupan sepasang suami isteri. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Hal ini diakui oleh Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan, Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd.
Ads
Muhammad Mursyid memberikan penghargaan kepada isterinya, Hajah Intan
Fairuz Ramli yang juga rakan niaganya sejak awal pertubuhan syarikat berkenaan.
“Sebenarnya isteri saya ni pelengkap kepada saya. Bukan saja dia mempunyai pandangan
jauh dan bernas untuk mengembangkan bisnes, tapi dia juga tahu untuk jadikan visi dan
misi kami satu kenyataan bersama-sama pasukan Mursyid Alharamain,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Shah Alam baru-baru ini.
Mengimbas dugaan paling getir saat dunia dilanda pandemik COVID-19, Muhammad
Mursyid berkata, ketika itu beliau tekad mengekalkan semua kakitangan yang selama
ini setia jatuh bangun bersama MATTSB.
“Masa tu kami fikir, kami ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga kami, dan
kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Sebab itulah kami
kekalkan mereka sehingga sekarang. Walaupun masa itu agak risau juga bila tengok duit keluar dan simpanan berkurangan, tetapi Alhamdulillah Allah lorongkan untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd.
Ditanya rahsia bertahan selama 10 tahan, malah berjaya melepasi dugaan pandemik
COVID-19, Muhammad Mursyid berkata pada awal perniagaan sehingga sekarang,
MATTSB menawarkan keunikan dalam pakej umrahnya melalui tagline ‘Rasai
Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain’.
Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, MATTSB turut memenangi dua anugerah
berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 2023
yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama
Mursyid Alharamain.
Ads
“Dari dulu kami tawarkan 5 kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan
bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan kami menyantuni jemaah.
Kami juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada
beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain. Kami juga tawarkan hotel
dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti, serta mutawif berpengalaman.
Menyentuh soal mengembangkan perniagaan, sebuah kedai makan, Rasa Malaysia kini dibuka di Makkah dan Madinah bagi memenuhi permintaan tinggi makanan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia di sana.
“Alhamdulillah, selepas 10 tahun, kami berjaya membuka restoran dan katering sendiri
di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia. Kedai yang berkonsepkan bawa pulang atau ‘take away’ itu mendapat sambutan ramai pihak bukan saja dari Malaysia malahan dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Ads
Bercerita mengenai perancangan akan datang sempena Ulang Tahun Ke-10
MATTSB, beliau berkata selepas menceburi pelbagai perniagaan, beliau bercadang
menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort.
“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih
besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid
Alharamain. Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang
juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, terpegun tengok majlis perkahwinan bintang bola sepak terkenal Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil yang berlangsung baru-baru ini! Dari status pengantin perempuan, lokasi majlis perkahwinan sehinggalah saksi penyatuan dua jiwa tersebut semuanya mencuri tumpuan ramai.
Mana tidaknya, Presiden Turki… Recep Tayyip Erdogan sanggup turun padang menjadi ‘pengapit’ pasangan romantis tersebut. Memang eksklusif dan bukan calang-calang orang dapat keistimewaan berkenaan.
Bukan itu saja… wanita yang berjaya menambat hati pemain bola sepak berusia 30 tahun itu juga merupakan bekas Ratu Cantik Turki bernama Anime Gulse. Meskipun baru berusia 26 tahun tapi terserlah kematangan wanita cantik ini. Patutlah Ozil tertawan.
Bercerita tentang lokasi majlis, ia sememangnya meninggalkan memori indah kepada kedua-dua pasangan. Anime yang anggun mengenakan persalinan gaun putih salju tidak mampu menyembunyikan perasaan teruja sepanjang berada di sisi suami tercinta.
Bahkan, lokasi perkahwinan yang dipilih bukan hanya hotel mewah berkelas dunia yang mencecah puluhan ribu ringgit semalam… tetapi juga Four Seasons Hotel yang terletak di Selat Bosphorus ini sebenarnya Istana Uthmaniyyah abad ke-19 yang dibaikpulih dan dijadikan hotel penginapan eksklusif.
Four Seasons Hotel di Bosphorus ini turut terkenal dengan kemewahan teres atas air dan pemandangan mengagumkan serta klasik. Sesuai juga untuk dijadikan tempat berbulan madu. Untung empunya badan bersuamikan lelaki kaya dan ternama.
Menyentuh penglibatan Ozil dalam arena bola sepak, Ozil dikhabarkan bersara daripada aksi peringkat antarabangsa, ekoran kritikan berbaur perkauman. Selepas 92 penampilan untuk Jerman, termasuk selaku perancang utama negara itu ketika menjulang Piala Dunia 2014… Ozil bersara daripada skuad kebangsaan Julai lalu ekoran gelombang xenopobia dan serangan perkauman ke atasnya sebelum dan selepas pasukan Jerman tumbang awal pada Piala Dunia 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak menjuarai pertandingan muzik berprestij baru-baru ini, nama Nurshahila Amir Amzah atau mesra disapa Shila Amzah kembali hangat. Nampaknya aura penyanyi bersuara lunak ini masih berbisa walau beberapa tahun lepas aktiviti seninya berjalan agak perlahan.
Hadir dengan semangat baharu, Shila Amzah menjadikan kemenangan berkenaan sebagai pendorong untuk melakar lebih banyak kejayaan lagi pada masa akan datang.
Apatah lagi, dia kini merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki selepas perkahwinannya dengan bekas suami, Haris Idraki Elias berakhir pada 8 Februari lepas.
Terus melangkah berani mendepani hari-hari mendatang, Shila menerusi media sosial meluahkan perasaan mengenai pandangan segelintir pihak dan peminat mengenai kehidupannya sekarang.
Kongsi Shila, “Di kala muda, Sha selalu akan cepat terguris dengan negativiti. Benda yang orang cakap, benda yang orang tulis. Apa sahajalah yang berbaur negatif, Sha akan sangat cepat tersinggung.
But as the year goes by, I realised that it was the stupidest thing to do sebab people will keep the receipt, it will eventually hit you back harder even though you are not at fault. Sha okay je tau. Tapi if kalian okay with me, please bagi Sha ruang. Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi.”
Ujarnya, dia berharap agar peminat dapat memberikan ruang untuk dia kembali ‘sembuh’ daripada penceraian. Di samping mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak tersayang, Seth Uwais.
“This is the first time I get to focus in me. Seumur hidup memang I always give myself away to people. Sha sedang menikmati AJL 36, inshaAllah akan ada lebih lagi.
Sebagai seorang wanita, Sha bersyukur atas segala doa yang baik-baik. Kesediaan untuk memulai apa pun dengan siapa pun memang jauh lagi dan tiada.
Sha masih belum sembuh, fokus Sha satu-satunya adalah untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Seth dan segala yang lain bukanlah priority untuk Sha.”
Shila mula berkecimpung dalam industri muzik sejak usia belasan tahun dan mengikut jejak langkah bapa tersayang yang merupakan penghibur terkenal negara, Dato’ ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah Salleh.
Juara Asean Wave 2012 ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pergolakan rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof yang juga pengarah filem akhirnya bakal menemui titik noktah apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman pada 18 April depan.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu.
Menerusi pertemuan antara kedua-dua pihak malam tadi, mereka mencapai kata sepakat berkenaan terma-terma penyelesaian. Antara terma-terma penyelesaian itu termasuk hadanah, harta sepencarian, mutaah nafkah anak, dan nusyuz.
Bagaimanapun, ia akan dimaklumkan pada 18 April untuk direkodkan, pada hari sama yang dipersetujui Syamsul untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Menerusi sumber Mstar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof meluangkan masa berbuka puasa semalam, Ahad dan persetujuan dicapai dalam keadaan tenang sambil berbuka puasa bersama-sama.
“Syukur alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam.
“Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah,” kata Puteri Sarah.’
Menerusi perkongsian IG story Puteri Sarah juga, dilihat dia berkongsi momen-momen bersama Syamsul Yusof di mahkamah sebentar tadi, dan nyata menarik perhatian netizen. Malah, ramai netizen sudah semestinnya mendoakan agar hubungan mereka kekal baik dan aman demi anak-anak. “Semoga berakhir denganb baik” tulisnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...