Berkat Sokongan Padu Peminat, Album FAZURA Laris Terjual Lebih 6 Ribu Unit Dalam Tempoh Hanya 5 BULAN!

Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), Nur fazura Sharifuddin mengotakan janji untuk para peminat dengan menjayakan showcase One Music Live Session Fazura di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

Showcase yang dibawa khas oleh One Music, Fazura menghiburkan kira-kira 500 peminat bertuah dengan mendendangkan lapan lagu termasuk berduet dengan  suami tersayang, Fattah Amin, dalam single Cinderella. Ternyata kemunculan Fattah pada segmen terakhir mendapat sorakan daripada para peminat yang sememangnya tidak jemu mengikuti perkembangan pasangan ini yang mendirikan rumahtangga hujung tahun lalu.

Pembukaan showcase menampilkan kumpulan baharu dikenali sebagai Back2Basixx yang menampilkan empat anak muda yang berbakat besar dalam seni suara.

Memulakan persembahan pada petang itu dengan lagu Sayangi Dirimu, Fazura tampil santai dengan kemeja putih dan solekan yang sederhana. Kemudian Fazura meneruskan showcase dengan lagu-lagu dipetik dari album perdananya berjudul FAZURA antaranya termasuklah Lalu, Bisa Apa, Cinta Langka, Hanya Tuhan Yang Tahu dan Bangun. Secara keseluruhannya, tema cinta diangkat menjadi elemen utama dalam album yang mengandungi 9 buah lagu yang diterbitkan oleh Tantra Numata, Irfan aulia (Samsons), Rich L Gimbang (Estranged), ahmad Kemat Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly dan Megat Aizat.

“Sejak kecil saya sering berangan-angan untuk menjadi penyanyi. Malah di rumah, saya sanggup mencari kain-kain perca untuk menjahit baju yang digayakan oleh Datuk Sheila Majid ataupun Cyndi Lauper dan berangan mengadakan persembahan,” ujar Fazura yang bekerja keras untuk menempatkan dirinya sebagai penyanyi.

Selain lagu duet popular bersama Fattah Amin iaitu Cinderella, pada showcase berkenaan Fazura turut berduet bersama Aizat Amdan menerusi lagu Cinta Langka, duetnya bersama Ariadinata, vokalis utama Samsons.

“Alhamdulillah showcase hari ini berjalan dengan lancar. Terima kasih buat para peminat yang sudi hadir menyaksikan showcase hari ini. Saya berharap album FAZURA menjadi pilihan untuk anda ketika memandu kenderaan dan anda semua adalah kekuatan untuk saya memperbaiki diri dan menjadi lebih baik,” ujar Fazura yang amat menghargai kehadiran para peminat sepanjang showcase

berlangsung.

Album Fazura yang dilancarkan tahun lalu mencatat sejarah peribadi apabila laris 6,000 unit dan distrim lebih lima juta kali menerusi jualan digital.

 

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu