Berkebun Dengan KEMEJA BALMAIN Berharga Lebih RM5,000, Gaya Melania Trump Ini Gemparkan Rakyat AS

Gaya berkebun Melania Trump ini sekali lagi mencuri tumpuan awam kerana harganya yang tidak terjangkau.

Sekali imbas, gaya First Lady Amerika Syarikat itu mungkin nampak biasa dan sederhana. Sepasang jean skinny

dipadankan kemeja genggang merah dan sepatu Converse untuk acara berkebun di White House.

Namun kalau diperhatikan dengan teliti, wanita yang terkenal dengan cita rasa haute dan persalinan pereka terkemuka itu sebenarnya mengenakan kemeja Balmain yang bernilai $1,380 (Net-A-Porter) atau RM5,767, sepadan dengan sarung tangan kebun yang dipakainya.

Dalam acara yang dianjurkan Jumaat lepas, Melania bersama sekumpulan pelajar sekolah dilihat sama-sama memetik sayuran di White House Kitchen Garden yang diasaskan oleh Michelle Obama.

Meskipun bajet pakaian First Lady AS tidak ditanggung oleh para pembayar cukai, namun gaya yang beliau tampilkan jelas menjadi pertikaian rakyatnya. Pun begitu, umum mengetahui kehidupan Donald dan Melania Trump itu yang sebenarnya serba mewah sebelum dilantik sebagai Presiden lagi. So,

apa pendapat anda? Norzalina Mohd Alias
Share
Published by
Norzalina