Berkesan Buang Bulu Tanpa Rasa Sakit & Licin, Wanita Patut Ada Alat Canggih Ini!

Bercukur ialah cara paling lazim dilakukan wanita untuk menanggalkan bulu-bulu tidak diperlukan di bahagian badan. Kebiasaannya, penyingkiran bulu menggunakan alat pencukur akan timbul rasa pedih dan kerengsaan kulit. Namun hasil penciptaan alat penanggal bulu berteknologi tinggi Ulike Air 3, ia kini menjadi pilihan Nona!

10 tahun bertapak di pasaran, Ulike ialah alat teknologi klinikal yang membantu memberi rawatan buang bulu tidak menyakitkan hanya dari rumah. Buat julung kali, jenama ini memperkenal teknologi sapphire contact cooling yang dipercayai berkesan kepada lebih empat juta pengguna.

Kualiti dan keberkesanan Ulike berjaya menjadikan ia jenama terunggul di China selama tujuh tahun berturut-turut melibatkan kategori alat penanggal bulu. Kebanyakan wanita berusia 25 tahun ke atas yang lincah, gemar melancong, bersukan dan bergaya turut menjadikan Ulike sebagai pilihan utama kerana ia efektif menyingkirkan bulu di anggota badan.

Kelebihan Ulike Air 3 yang ringan iaitu seberat 271 gram mudah dibawa dan pengguna boleh membersihkan anggota badan yang ada bulu berlebihan di mana sahaja pada bila-bila masa. Berbanding model Ulike terdahulu, teknologi Air 3 lebih inovatif, ringan dan selamat digunakan dalam tempoh masa lama.

Tenaga Sapphire atau batu nilam yang terdapat dalam Ulike Air 3 membolehkan ia terus sampai ke folikel bulu. Seterusnya meningkatkan keberkesanan penanggalan bulu sehingga 40 peratus.

Ulike Air 3 dihasilkan dengan tiga mode iaitu soft melibatkan bahagian jari dan bikini; body merangkumi bahagian ketiak, dada dan belakang badan, dan powerful

untuk bahagian bulu kasar dan tebal.

Ia berfungsi dengan cara menghalakan alat Ulike Air 3 di bahagian terlibat dan cahaya pengesan penanggalan bulu akan menyala sebaik menyentuh permukaan kulit. Hanya tekan flash button satu kali dan beralih ke area seterusnya selepas alat tersebut mengeluarkan cahaya berkelip.

Anda akan nampak dan rasai perubahan selepas penggunaan Ulike Air 3 dalam masa tiga minggu!

Berbanding rawatan penanggalan bulu di salun kecantikan yang mencecah ratusan ringgit bagi satu sesi dan perlu dilakukan secara berkala serta kurang berkesan, Ulike Air 3 menjadikan rejim penjagaan kecantikan diri anda lebih mudah. Tidak perlu lagi membuat temu janji di salun kerana anda kini boleh melakukannya di rumah, cepat dan efektif.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian Ulike anda akan menerima potongan harga dan pelbagai tawaran hadiah menarik. Layari Shopee http://bit.ly/3V05tX0

menggunakan kod (ULIKENONA) untuk diskaun RM40 dan Lazada https://bit.ly/3BScUZp

Buat tempahan sekarang dan masukkan (Nona) untuk menikmati pembelian promosi 1 percuma 6 iaitu berus gigi elektik, Electric Toothbrush Replacement Brush Head Refill, Anti-slip Hair Removal Scraper, Aloe Vera Soothing Gel, Cermin Mata dan Flosser.

Kecantikan seseorang wanita tidak terletak pada pakaian, beg tangan atau aksesori gaya semata-mata. Sebaliknya, wanita juga perlu ‘laburkan’ sebahagian wang untuk tujuan penjagaan kecantikan diri secara menyeluruh seperti mengatasi masalah bulu di anggota badan agar penampilan mereka bersih, yakin dan cantik!

 

 

Share
Published by
Suzi