Selain cantik, artis muda Indonesia berketurunan Sunda-Jerman, Steffi Zamora turut menjadi sumber inspirasi kerana memiliki bakat lakonan yang hebat serta berkebolehan dalam bidang solekan.
Sering berkongsi pengalaman dan petua kecantikan wajahnya di Instagram, Steffi turut mempamerkan kemahirannya dalam solekan dengan gaya tersendiri.
Steffi gemar mengaplikasikan solekan dengan warna-warna natural kerana memiliki kening serta bulu mata yang lebat.
Maka, dia tidak perlu bersusah payah mengaplikasikan banyak solekan pada wajahnya.
Steffi hanya menggunakan beberapa elemen solekan seperti asas solekan (primer, concealer, foundation, kontur, bedak).
Di bahagian mata pula, Steffi akan menambah pembayang mata dengan warna natural.
Kecantikan Steffi bukan sahaja terpancar dari caranya bersolek bahkan dari kebaikannya terhadap orang sekeliling serta peminat.
Pada usia 22 tahun, Steffi telah pun memiliki pelbagai pencapaian dalam karier. Manakala sinetron dan filem yang dibintangi tak terkira banyaknya.
Satu lagi bakat Steffi ialah dalam bidang nyanyian. Steffi sering memuat naik video dirinya berduet bersama rakan-rakan membuat cover lagu.
Steffi kini menjadi contoh yang baik untuk golongan muda seusianya termasuk remaja menerusi sikap dan pelbagai bakat yang dimilikinya.
Mereka juga senang dengan personaliti Steffi yang ringkas dan semula jadi.
Semoga Steffi Zamora terus sukses dan memberi inspirasi buat seluruh wanita serta golongan muda.
This website uses cookies.