Ginseng telah lama dikenali dengan kesan penyembuhannya dan sebati dengan masyarakat Cina di mana ia telah digunakan sebagai tonik dan ubat sejak 5,000 tahun yang lalu. Dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran mengenai ginseng merah Korea dan bagaimana ia boleh membantu dalam segi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, Korea Ginseng Corporation (KGC) telah menerajui Seminar CheongKwanJang 2017 yang pertama di Malaysia dengan sokongan rakan tempatan KMT Trading Sdn Bhd serta Korea Trade & Investment Promotion Agency (KOTRA) Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang penyelidikan terhadap ginseng merah Korea secara mendalam yang telah dijalankan.
Secara tradisinya, ginseng digunakan untuk membantu dalam pelbagai masalah dan sebagai eliksir untuk mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Korea Ginseng Corporation amat berbesar hati untuk mempamerkan legasi selama 118 tahun sejak dalam menghasilkan ginseng mentah yang bersih dan berkualiti melalui penanaman dan kaedah pemprosesan ginseng kesihatan yang sistematik – dari persekitaran penanaman yang sesuai, pengeluaran yang mementingkan kualiti, sehingga mengoptimumkan keberkesanan ginseng merah Korea melalui penyelidikan dan pembangunan.
Bergantung kepada peringkat pemprosesannya, ginseng yang mentah akan menjadi ginseng merah apabila ia distim dan dikeringkan berulang kali sehingga ginseng tersebut bertukar kepada warna perang atau kemerahan. Ia boleh disimpan dengan mudah untuk tempoh yang lama tanpa menjejaskan kualitinya. Ginseng merah sering dikenali dengan manfaatnya iaitu :
- meningkatkan sistem imunisasi
- membantu memulihkan tubuh dari keletihan
- memperbaiki peredaran darah
- meningkatkan aktiviti otak dan bertindak dengan ciri-ciri anti oksida.
Secara umumnya, ginseng merah Korea merupakan akar istimewa yang penuh dengan vitamin dan mineral yang unik, antioksida dan pelbagai nutrien penting yang membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Ramai masyarakat Cina menggelar ginseng Korea sebagai ‘eliksir kehidupan’ kerana manfaat-manfaatnya yang hebat.
Ginseng mengandungi pelbagai komponen farmakologikal, termasuklah satu siri saponin triterpenoid tetracyclic (ginsenosida), poliasetilena, bahan-bahan polifenol dan polisakarida berasid. Ekstrak-ektsrak ini menghasilkan bahan-bahan antimikrob yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan dari jangkitan bakteria dan virus di mana ia membantu meningkatkan sistem imunisasi. Kesan proaktif ginsenosida membantu meningkatkan daya tumpuan dan fungsi otak secara keseluruhan dengan merangsang sel-sel otak. Ia boleh memperbaiki peredaran darah dengan menghalang pembentukan trombus, dan boleh mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular.
CheongKwanJang telah diiktiraf setara dengan ginseng Korea berkualiti tinggi yang diminati oleh warga Korea selama ribuan tahun apabila kerajaan Korea mula mengenakan standard kawalan kualiti yang sangat tinggi. Jenama ini melambangkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti hebatnya di mana ia mewakili semangat ketukangan dan usaha yang berterusan mencapai kemewahan yang bertahap dunia. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH