Kata Miss Intercontinental 2017 Malaysia, Sanjna Suri…
Ads
“Jika kena bersolek tebal kerana fotografi atau pertunjukan pentas, penat macam mana pun kita tetap perlu bersihkan solekan dengan sempurna. Kulit wajah perlu bernafas ketika tidur jika tidak pori-pori akan tersumbat dan jerawat akan muncul. Ngeri!”
Tip Cantik:
Ads
- Membersihkan wajah adalah amalan wajib buat semua wanita. Diikuti pula dengan langkah melembap dan menyegar. Sebelum menyapu bedak asas perlu bijak memilih rona yang sesuai. Bagi kelihatan segar dan awet muda sapu bedak asas dengan nipis dan merata.
- Sembunyikan cela dan noda dengan menyapu penyamar noda. Tekan pada bahagian yang berkedut atau cela dengan menggunakan span agar kedutan dan cela itu boleh disamarkan. Lebih kemas kalau menggunakan span basah.
- Bagi mencipta bentuk wajah guna dua atau lebih bedak asas dengan tona sedikit gelap dan terang mengikut rona kulit. Sapu yang terang di dahi tengah, pipi kiri dan kanan, tengah hidung dan dagu. Kemudian sapu bedak asas yang tona gelap pada dahi atas dan bawah, sisi hidung, hujung hidung, sisi pipi luar dan dalam dan bahagian rahang. Ratakan kedua-dua bedak asas tadi.
- Kemudian sapu bedak debu untuk kelihatan lebih natural dan tahan lama. Solekan lebih manis dengan mengalit pensel mata di bahagian atas mata sahaja. Maskara pula lebih elok jika tidak disapu di bahagian bawah bulu mata.
Ads
“Sebelum bersolek jangan lupa letakkan primer sebagai base. Ini kerana primer bertindak sebagai lapisan yang memisahkan di antara kulit dan solekan. Langkah pembersihan wajah lebih mudah jika menggunakan primer dan kulit terpelihara bebas cela.”
- Lembapkan kulit dengan krim yang mampu mengunci kelembapan jauh di bawah kulit. kulit yang lembap akan menyerlahkan kecantikan dan kesihatan kulit dari dalam terus memancar ke luar. Apabila ditambah dengan solekan bertambah ayu dan kelihatan sempurna.
- Tonjolkan keindahan tulang pipi dengan pulasan rona berani. Apabila tulang pipi tinggi, gunakan perona mata dengan warna senada namun lebih tipis untuk memberi kontur yang tegas. Lebih sempurna dengan kontur untuk menyeimbangkan solekan pipi.
- Begitu juga dengan solekan mata yang galak. Adunan rona hitam di seluruh kelopak mata sama lantang dengan alis mata bahagian bawah. Biarkan rona menyatu demi mencetus inspirasi solekan mata.
- Miliki alis mata tebal dengan yang memiliki sudut. Lukis kening dengan pensel lebih tebal daripada kening asal. Penuhkan kening yang telah dilukis tadi dengan pensel kening atau datang dalam bentuk palet. Berus dengan berus kening agar lebih teratur dan kemas.