Melalui proses mengandung selama 9 bulan adalah pengalaman yang terindah buat wanita. ada wanita yang beruntung tidak’diserang’ dengan morning sickness dan ada juga yang diduga dengan morning sickness bukan sahaja pada trimester pertama malah sehingga ke hari melahirkan.
Itu belum lagi termasuk dengan rasa mengidam atau sakit pinggang dan sukar tidur malam. Tetapi semua rasa itu akan hilang setelah melihat bayi yang dinanti-nantikan diletakkan di atas dada selepas proses kelahiran.
Rasa sakit itu akan terus hilang apabila dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan tidak lokek menghulurkan tangan membantu di saat seorang isteri memerlukan sokongandan bantuan. Beruntung pelakon terkenal, Shakilla Khoriri apabila suaminya seorang Radio Announcer yang sangat prhatin dengan isterinya.
Shakilla turut meluahkan rasanya di laman Instagramnya, “Rasa macam tak percaya dah masuk fasa baru. Status dalam sekelip mata bertukar. Rasa baru je beralih status dari single ke tunang orang, lepas tu berubah ke isteri orang dan sekarang Mak orang.
Perubahan hidup yang semua orang nantikan tapi dalam tak sedar waktu berjalan dan kita tak perasan kita semua telah menjalani banyak moment.
Rasa macam tak layak diberi kawan dan suami sebaik Fizi. Tak pernah herdik, tak pernah marah tak pernah nak peningkan kepala walau sebesar mana pun masalah yang dia tengah hadapi.
Mungkin aku antara salah satu masalah dalam hidup dia tapi sekali pun tak pernah dia jadikan isu. Allahu…Lagi aku rasa tak layaknya aku. Tapi aku anggap ini Hadiah Allah untuk lebih hargai dia.Tak lupa tanggungjawab dan tak lupa untuk sayang dia setiap detik.
Kalau nak cerita pengorbanan, banyak yang telah terkorban dan dikorban untuk aku dengan Fizi sampai tahap sekarang ni. Sembunyi dalam ketawa dan happy adalah satu perwatakan paling power yang kitaorang buat setakat ni untuk orang sekeliling tak dapat hidu apa problem kita orang atau kita orang ada dalam zon MERAH. YES! Aku percaya korang pun ada moment UP & DOWN dengan pasangan kan.
Dear Fizi Ali, bukan tak boleh nak buat karangan di whatsapp atau email cuma mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsikan dengan orang lain.
Takde dinding pemisah untuk kita sama-sama lalui setiap ujian dan dugaan. Kita pernah susah dan senang sama-sama, gelak-guling sama-sama, nangis sama-sama, naik pelamin sama-sama dan banyak lagi kita buat dan rasa bersama walaupun beranak I SORANG yang rasa.
I percaya kita dapat lalui semua yang akan datang nanti bersama jugak. Lagi kita ada task baru sekarang ni, Ameena Sofia tanggungjawab terbesar kita. HADAP lah kita.
Semoga you dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk cari duit buat I dengan Ameena shopping nanti. I tahu walaupun I tak cantik lagi, I akan sentiasa akan jadi orang yang paling BEST dalam hidup you. Betul kan?,” kongsi Shakilla.