Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pokok pangkalnya kena kuat disiplin dan komited terhadap apa yang dilakukan. Mungkin ini yang tersemat di sanubari penyanyi yang bersuara lantang mengalunkan lagu Hello ini.
Ads
Awal tahun lalu, Adele membuat kejutan dengan penampilan terbaharunya yang lebih segar. Kini setelah setahun berlalu penampilannya semakin menawan dan membuat ramai wanita menjadikan Adele sebagai idola.
Adele bakal menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 5 Mei akan datang. Ternyata, usia bukan penghalang untuk penyanyi yang pernah menggondol anugerah Grammy ini untuk menjalani gaya hidup sihat. Segala apa yang diamalkan oleh wanita ini telah memberi manfaat kepada dirinya sendiri.
Ini kerana suatu ketika dahulu, Adele adalah di antara selebriti Barat yang tidak hirau tentang komen terhadap penampilan dirinya. Berlandaskan misi mahu mengubah diri untuk kehidupan yang lebih sihat membuat Adele telah mengikuti sebuah program diet yang dikenali sebagai Sirtfood. Ada juga yang melaporkan bahawa Adele mula mengikuti program diet ini selepas bercerai dengan suaminya, Simon Konecki.
Ads
Tidak mustahil Diet Sirtfood ini mendapat carian ketujuh tertinggi google pada tahun 2019.
Apakah Diet Sirtfood
Ads
Diet Sirtfood ini telah diperkenalkan oleh dua orang Pakar Nutrisi, Aidan Goggins dan Glen Matten. Diet ini mengamalkan pemakanan berasaskan protein sayur-sayuran dan buah-buahan atau lebih dikenali dengan makanan yang kaya dengan ‘aktivator sirtuin seperti epal, beri biru dan minyak zaitun (extra virgin).
Rejim pemakanan diet jenis ini memerlukan pengamalnya makan hanya 1,000 kalori dalam sehari dan 2 jenis jus hijau. Diet Sirtfood ini dikatakan bukan sahaja boleh membantu sistem metabolisme tubuh tetapi berupaya menahan nafsu makan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani atau lebih mesra disapa Kuza ini kerap kali berkongsi di laman media sosialnya tentang kisah-kisah sejarah yang tercatit dalam Al-Quran. Perkongsiannya tentang sejarah Nabi Musa ini ternyata mengingatkan kerana ramai yang sudah lupa.
Kongsi Kuza, “Korang tau tak siapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir? Nama dia Yusha’ dia juga adalah anak murid Nabi Musa.
Korang tahu tak matahari pernah berhenti?
Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha’ AS
Ketika menjelang maghrib.
Korang tahu tak siapa Qorun?
Qorun ni sorang yang kaya bijak lagi tampan. Dia juga sepupu Nabi Musa
Korang tahu tak apa yang membuat Qorun berpaling? Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.
Korang tahu tak Qorun? Dia mati bersama askar dan harta-hartanya kerana menfitnah Nabi Musa berzina. Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.
Korang tahu tak siapa Firaun? Firaun ini bapa angkat Nabi Musa
Suami wanita teragung dunia Asiah.
Korang tahu tak asal nama Nabi Musa? Nama Nabi Musa diambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa). Ketika dihanyutkan bekas itu tersangkut di situ (Sungai Nil). Di dalam istana firaun.
Korang tahu tak Nabi Musa duk langit ke berapa? Nabi Musa AS duduk di langit yg ke-6.
Korang tahu tak Firaun? Firaun pernah membina menara yang amat tinggi. Semata-mata untuk tengok Tuhan Nabi Musa. Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.
(Surah An-nazi’at ayat 24).
Korang tahu tak Firaun ni? Dia tak pernah sakit, tak pernah bersin dan tak pernah menguap. Senang cerita yang melemahkan ini semua dia tak pernah rasa.
Korang tahu tak Firaun pernah bertaubat?
Ketika dia hampir tenggelam di Laut Merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima.
Kerana taubat itu penyesalan, Firaun taubat kerana takut.
Korang tahu tak piramid di Mesir?
Piramid tu kubur orang-orang kanan Firaun.
Tu kubur. Agak-agak rumah besar mana?
Allah tinggalkan sikit-sikit untuk kita buat pengajaran.
Korang tahu kan Firaun pernah mengaku dia Tuhan?
Pada hari Firaun mengaku dia Tuhan, pengsan dan
Lari lah iblis dari berdamping dengan Firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.
Korang tahu tak kenapa iblis tak pernah mengaku dia Tuhan?
(Surah al-a’rf ayat 12)
Iblis tahu Allah SWT yang ciptakan dia (daripada api) mana mugkin dia nak mengaku dia Tuhan.
Korang tahu tak kenapa iblis tak minta hidup selama-lamanya?
(Al hijr ayat 36)
Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dulu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu
Iblis yakin dunia akan kiamat. Sebab tu dia minta tempoh sampai situ je. (hari kiamat)
Korang tahu tak lepas iblis mintak tempoh tu apa Allah buat?
Allah SWT terus memperkenankan doa,” kongsi Kuza.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya hubungan dengan penerima anugerah Nona Best Technology Business Awards di Nona Superwoman Award 2018 ini tidak pernah putus dan kami sentiasa berhubung. Apabila mendapat perkhabaran bahawa Datin Nur Ezdiani Baharoddin atau lebih mesra disapa Datin Yani ini disahkan positif COVID-19 terus terbayangkan anak-anaknya yang masih kecil.
“So far, saya ok je ni..alhamdulillah,” itu jawapan pertama Datin Yani saat dihubungi. Walaupun sedang berada dalam situasi getir tetapi wanita yang pernah dianugerahkan Tokoh Srikandi Negara dengan gelaran Tun Puteh oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) ini tetap positif.
Bercerita lanjut, “Pada mulanya perasaan saya sama seperti kebanyakan orang lain, resah dan risau. Saya sangat risau kerana bimbang menjangkiti suami, anak-anak dan kedua-dua pembantu rumah. Tapi, selepas dimaklumkan, saya nekad untuk berfikir positif and set my mind positive.
Perkara pertama yang bermain dalam fikiran saya adalah mengenai kondisi suami, anak-anak dan pembantu rumah. Saya cemas kerana mempunyai anak-anak kecil terutama anak kelima mempunyai jantung berlubang dan ini yang paling menakutkan saya,” tutur ibu kepada lima orang anak ini.
SIMPTOM
Tanpa melengahkan masa, saat mengetahui dirinya positif COVID-19, Datin Yani menggesa suami, anak-anak dan pembantu untuk melakukan ujian calitan atau swab test. “Saya sangat bersyukur kerana keputusan mereka semua adalah negatif,” jelas Datin Yani yang tidak mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema tapi mengalami migraine yang sangat teruk serta sakit-sakit sendi.
Sementara menunggu panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Datin Yani bertindak melakukan kuarantin di rumah. “Saya melakukan kuarantin di dalam bilik sendiri, apabila memegang tombol pintu, saya akan memakai hand gloves untuk mengelakkan virus bertebar. Saya sentiasa memakai mask untuk keluar pintu, apabila pembantu rumah menghantar makanan di hadapan pintu bilik. Kebanyakan masa, saya hanya di bilik dan tidak keluar langsung ke mana-mana kawasan dalam rumah.
Sebelum mengetahui keputusan swab test, suami dan anak-anak menjalankan kuarantin di bilik yang berbeza. Anak-anak kecil juga diserahkan kepada pembantu rumah berbeza-beza bilik. Kini, semua keputusan mereka adalah negatif dan mereka menjalankan aktiviti seperti biasa. Cuma mengikut SOP yang berkenaan kerana saya masih POSITIF. Kesemua mereka perlu menjalankan kuarantin untuk tempoh 10 hari,” ujar Datin Yani.
KONTAK RAPAT
“Saya mendapat jangkitan daripada salah seorang pembantu peribadi saya. Pada ketika itu, dia datang ke rumah seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang simptom. Pagi raya kedua, saya telah diberitahu bahawa keputusan swab test isterinya adalah positif.
95 peratus keluarganya yang berada di rumah juga positif. Ibunya dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana kesukaran bernafas. Selepas mengetahui berita ini, saya terus mengambil keputusan untuk mengambil swab test dan terus kuarantin diri sehingga mendapat keputusan swab test.
Nasihat saya kepada orang ramai sila ikut arahan kerajaan agar tidak melakukan aktiviti ziarah dan tidak perlu ke tempat yang sesak. Jaga SOP yang telah disarankan seperti tidak bersalaman atau mempunyai body contact dengan sesiapa sahaja. Pastikan tiada tetamu datang ke rumah kerana kita tidak tahu sejarah perjalanan yang dilalui tetamu tersebut,” katanya.
JAGA SOP
“Virus Covid-19 adalah benar dan nyata. Banyakkan membaca untuk sentiasa bersedia denga apa jua kebarangkalian. Ikut dan patuh SOP yang ditetapkan, sentiasa basuh tangan, pakai mask dan elakkan ada sentuhan dengan orang luar atau pelawat dari luar.
Jadilah masyarakat yang sentiasa peka dan bertanggungjawab dalam menangani virus ini. Makan dan amalkan hidup secara sihat untuk memerangi virus ini.
Bagi yang positif, jangan ‘overthinking’. Fikir positif dan ikut SOP yang telah diberikan oleh KKM di dalam tempoh kuarantin. Makan makanan yang sihat untuk menguatkan imun badan. Sama- sama kita semua perangi virus ini,” ucap Datin Yani mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa rindu pada yang telah tiada sukar diungkap dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi rindu seorang ibu kepada anaknya. 7 tahun telah berlalu namun rindu Linda Rafar terhadap anak tersayangnya, Rezaimen Kiflin Kifli yang ‘pergi’ sekitar tahun 2014 akibat penyakit kanser perut terus mengalir.
“Ya Allah, saya menangis lagi ni,” tutur Linda Rafar saat ditanya tentang rasa rindu tehadap anak tersayangnya yang mesra disapa Memen itu. Walaupun penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan Elite ini reda dan positif apabila anaknya ‘dijemput’ lebih awal darinya tetapi kadang-kadang naluri keibuannya terusik.
Memen merupakan anak kedua Linda Rafar hasil perkahwinan pertama bersama bekas suaminya, Keifli Othman. “Sayangi Anak, Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu,” kata Linda Rafar. Linda turut berkongsi bakal melancarkan novel keduanya, Menunggumu Di Pintu Syurga 2 dam tempoh dua minggu lagi.
Sebelum ini, novel hasil luahan perasaan tentang Memen, Menunggumu Di Pintu Syurga, telah mendapat sambutan dan terjual lebih 150,000 naskah. Bercerita tentang hasil tulisan keduanya, “Novel kedua ini lebih terperinci dan lebih banyak cerita dalam diari Memen yang saya jumpa serta berkisar tentang mimpi,” ulas Linda Rafar ringkas dan boleh menghubungi Linda Rafar untuk mendapatkan naskhah tersebut.
Bercerita tentang kelainan yang berlaku pada anaknya sebelum pemergiannya,”Ada sebuah charity yang sering memberi hadiah buat para pesakit. Setiap katil dia akan tanya nak apa. Mereka akan datang setiap Khamis untuk hiburkan kanak-kanak di wad.
Tapi Memen akan ambil present semua yang underage. Dia akan ambil playdoh, lego. Dia ambil dan simpan belakang katil dia. Saya hairan dan tanya kenapa, dia hanya jawab sebab nak lego dan simpan.
Hari dia nak ‘pergi’ tu, dia panggil adik-beradik dia datang, dia bagi wasiat dan serahkan barang-barang yang dia simpan kepada adik-adiknya,” cerita Linda lagi.
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...