Bangga rasanya apabila melihat rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara. Salah seorangnya ialah Adi Sakinah Omar atau Kina yang punya kisah tersendiri di bumi Jeju.

Seawal usia 29 tahun, Kina telah pun bergelar Pengarah di syarikat miliknya bersama suami iaitu Jeju Muslim Travel. Suaminya, Muhd Syafiq Idris bertindak selaku CEO. Mereka turut mengusahakan bisnes Kereta Sewa Jeju.

Ads
Bermula Sebagai Pemandu Pelancong, KINA OMAR Kini Usahawan Pelancongan Muslim Berjaya Di Korea
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.

“Pada tahun 2014, saya melancong ke Jeju bersama dua rakan. Waktu itu kami masih bujang. Tiba di Jeju, saya terus jatuh cinta dengan keindahan Jeju.

“Ketika itu saya baru habis degree dan dalam usaha mencari tempat untuk sambung Master di Korea. Akhirnya saya dapat melanjutkan pengajian peringkat Master jurusan Art & Design di Jeju National University.

 

“Sepanjang bergelar pelajar, untuk menampung hidup di sana macam-macam kerja saya buat seperti mengajar bahasa Inggeris, ambil upah lukis inai, jadi personal shopper sampailah saya mulakan Jeju Muslim Travel,” kongsi ibu anak dua ini.

Bermula Sebagai Pemandu Pelancong, KINA OMAR Kini Usahawan Pelancongan Muslim Berjaya Di Korea
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.

Kina berkahwin ketika dia masih bergelar pelajar di Jeju. Suaminya berhenti kerja dan memberi tumpuan penuh terhadap bisnes pelancongan merekaa yang baru bermula ketika itu.

“Ramai yang mesej saya di Instagram dan Facebook bertanyakan tip travel ke Jeju. Saya pun dapat idea untuk menjadi pemandu pelancong. Dari situlah saya bermula sebagai supir Jeju.

“Sepanjang menjadi supir saya banyak belajar tentang bisnes pelancongan. Setelah beberapa bulan kami mula menjual pakej lengkap. Maka tercetuslah Jeju Muslim Travel.

Bermula Sebagai Pemandu Pelancong, KINA OMAR Kini Usahawan Pelancongan Muslim Berjaya Di Korea
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.
Bermula Sebagai Pemandu Pelancong, KINA OMAR Kini Usahawan Pelancongan Muslim Berjaya Di Korea
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.

“Syukur, sambutan sangat baik dari semasa ke semasa. Bermula hanya 8 pelanggan sebulan sampailah mencecah 250 pelanggan sebulan.

“Jeju Muslim Travel berjaya menarik minat AirAsia untuk membuka direct flight ke Jeju. Jeju Muslim Travel satu-satunya syarikat pelancongan Malaysia berdaftar dan berlesen dengan Jeju Tourism Organization.”

Ads

Bermula Sebagai Pemandu Pelancong, KINA OMAR Kini Usahawan Pelancongan Muslim Berjaya Di Korea

“Saya dan suami sama-sama mencari idea bagaimana untuk menarik pelanggan yang tak berminat untuk menempah pakej pelancongan. Suami cadangkan untuk sewakan kereta maka tercetuslah bisnes Kereta Sewa Jeju.”

MOMEN INDAH BERSAMA SUAMI

Ads

“Ketika bisnes baru bermula, setiap awal pagi kami akan naik kereta menuju ke hotel untuk ambil pelanggan. Saya bawa satu group pelanggan, suami pula bawa group pelanggan yang lain. Selalunya kami akan ke tempat-tempat lawatan yang sama, rasa macam bekerja sambil dating.”

Bermula Sebagai Pemandu Pelancong, KINA OMAR Kini Usahawan Pelancongan Muslim Berjaya Di Korea
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.
Bermula Sebagai Pemandu Pelancong, KINA OMAR Kini Usahawan Pelancongan Muslim Berjaya Di Korea
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.

Menurut Kin, sepanjang dia menetap di luar negara banyak perkara baru yang dipelajari seperti budaya, bahasa, survival skill dan communication skill.

“Dapat belajar lebih banyak tentang diri sendiri, menjadi lebih sabar, berani, berdikari dan tak mudah putus asa. It makes me learn all the time and all those learning make me a better person every day.”

TIP PERCUTIAN KE JEJU OLEH KINA OMAR

  1. Bawa wang USD jika mahu menukar wang di Jeju kerana semua money changer di Jeju tidak menerima mata wang Ringgit.
  2. Jika anda tak berniat untuk ambil pakej pelancongan, disarankan untuk menyewa kereta kerana pengangkutan awam di Jeju tak semudah di Seoul. Tempahan kereta sewa perlu dibuat 2-3 bulan awal, jangan last minute. Setiap pemandu WAJIB ada International Driving Permit.
  3. Rancang perjalanan anda. Dicadangkan 1 hari di East Jeju, 1 hari di South Jeju, 1 hari di West Jeju dan 1 hari di North Jeju. Kira-kira 4 hari diperlukan untuk jelajah Jeju selengkapnya.
  4. Bagi yang menyewa kereta ketika musim sejuk, lihat dulu ramalan cuaca 2-3 hari sebelum bertolak. Jika Jeju akan bersalji ketika trip anda, sewa snow chain dari syarikat kereta sewa.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI