Kucing peliharaan Taylor Swift, Olivia Benson dinamakan haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia dengan anggaran nilai bersih AS$97 juta (RM427 juta). Olivia Benson, dari baka Scottish Fold, bukan sahaja terkenal di Instagram malah turut membintangi beberapa video muzik dan iklan bersama Swift.
Di tempat kedua ialah kucing selebriti bernama Nala, manakala anjing German Shephard bernama Gunther VI dari Itali di tempat pertama. Nala, baka kacukan Siam dan Tabby, mempunyai nilai bersih AS$100 juta (RM440 juta) manakala Gunther VI pula dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM2 bilion).
Anjing itu dimiliki oleh Gunther Corporation yang turut menguruskan harta dan kekayaan anjing itu. Gunther Corporation terbabit dalam pelaburan hartanah, menjadikan Gunther VI lima kali lebih kaya daripada Nala dan Olivia Benson.
Sementara itu, Olivia Benson mengumpul kekayaannya dengan menghasilkan pelbagai barangan cenderahati, di samping muncul dalam banyak iklan berbajet besar bersama Swift, termasuk Diet Coke pada 2014. Si comel itu juga muncul dalam beberapa video muzik Swift, termasuk untuk Blank Space dan Me!.
Sumber: ASTRO Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***