It’s a girl! Ruang roof top Geo Resort and Hotel Genting Highlands semalam gamat apabila Nur Elisya Sandha dan suami tercinta, Uzair Haqimy mendedahkan jantina bayi sulung mereka kepada umum. Seperti dijangka peminat dan kenalan rapat, adik pelakon Fasha Sandha ini hamil anak perempuan. Tahniah!
Dalam temu bual bersama Nona untuk cover digital Jun 2022, Elisya yang kini berusia 23 tahun memberitahu dia bakal melahirkan cahaya mata sulung kira-kira tiga minggu lagi iaitu pada hujung Jun.
“InshaAllah date bersalin pada 28 Jun. Nama baby pun dah ada. Sepanjang mengandung, first trimester je saya alami muntah-muntah sedikit dan masih shooting. Masa shooting Ratu Tenpin 2 dah empat bulan dan perut pun dah nampak sedikit. Tapi sebab pakai baju besar tak nampak sangat.
Alhamdulillah, sepanjang mengandung semua ok je. Cuma sakit-sakit belakang tu biasalah. Saya dapat tahu pregnant bulan November tahun lepas dan masa bersanding di kampung waktu tu usia kandungan dah dua bulan.”
Kata Elisya, sepanjang hamil dia mengamalkan minuman sarang burung dan sibuk menyediakan segala kelengkapan bayi. “Setakat ini semua ok cuma ada beberapa barang yang belum complete. Biasalah anak pertama ni kalau boleh semua nak beli.”
Aktres jelita ini tanpa berselindung memberitahu dia akan berpantang di kediaman Sheila Rusly memandangkan ibunya, Mama Sandha agak sibuk dengan rutin harian. “Saya rasa waktu Mama Sheila lebih fleksibel. Lagipun Mama Sheila ada production sendiri, kalau tak ada shooting, dia boleh jaga saya dan baby. Jadi sebab itu saya rasa lebih convenience duduk berpantang di rumah Mama Shiela.”
Sementara itu, salah seorang individu yang paling menjadi tumpuan dalam acara ‘gender reveal’ semalam sudah tentunya Sheila Rusly. Sebaik mengetahui jantina cucu sulung, kelihatan penerbit popular ini melompat kegembiraan dan sebak. Iyalah, mesti Sheila ternanti-nantikan kehadiran cucu perempuan memandangkan kedua-dua anaknya lelaki.
“Saya selalu cakap dengan dia jangan risau sangat. Just go with the flow. Nak jadi ibu yang baik ni bukan ada buku yang you
kena tekun belajar. Tak ada ibu yang perfect di dunia ni. Kita kena tunjuk contoh yang baik dekat anak-anak. Jangan suruh dia buat yang terbaik tapi kita tak berusaha ke arah itu.”Mengenang kembali momen kehamilan Elisya, Sheila berkata ada kisah lucu di sebalik khabar gembira tersebut. “Saya dah dapat agak (hamil) tapi dia tipu sebab craving dia lain macam. Bila saya tanya period dia lambat, dia tipu. Pernah sekali, lepas dia siap masak semua, dia cakap nak pergi solat.
Walhal dia baru beritahu semalam yang dia period. Lepas tu dia dan Haq ajak pergi makan di Dim Sum Place. Saya tak nak pada mulanya tapi turutkan juga. Sampai sana, dia bagi hadiah dalam kotak putih, dia kata saja beli. Bila buka nampak benda (alat pengesan kehamilan) tu, saya menjeritlah bila tengok.”
Mengulas perancangan untuk memiliki anak kelak, Elisya tidak menolak rezeki namun berharap dapat mempunyai tiga hingga empat orang cahaya mata. “Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayag. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
This website uses cookies.