Siapa sangka, dari asbab persahabatan sejak zaman muda membawa ke sebuah ikatan kekeluargaan pula. Itulah yang dapat digambarkan melalui persahabatan di antara Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim dan Datin Suliza Salam. Anak lelaki Dato Dr Mashitah Ibrahim, Muhammad Wafi bin Abdul Shakor selamat melangsungkan pernikahan dengan puteri kedua Datin Suliza Salam iaitu Nur Falahi Zainal pada tanggal 21.05.21 yang lalu. Secara kebetulan, tarikh nikah jatuh hari Jumaat pada bulan Syawal tahun lalu.
Meskipun ketika majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri kaum keluarga terdekat kedua belah pihak, namun penyatuan dua jiwa ini selamat dilaksanakan walaupun negara masih bergelut memerangi wabak Covid-19. Majlis akad nikah pasangan ini telah berlangsung di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak.
Pada majlis akad nikah, pihak pengantin lelaki menyerahkan 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang dari pihak pengantin perempuan. Lebih istimewa, gubahan hantaran mendapat sentuhan kreatif penuh kasih sayang dari ibu pengantin perempuan yang mengetengahkan konsep bunga-bungaan segar sebagai tema utama hantaran untuk majlis pernikahan anakanda tersayang. Sentuhan penuh kasih sayang direalisasikan oleh si ibu untuk memori dan kenangan pernikahan anak-anak tersayang!
Pasangan mempelai tampil menawan dengan baju nikah hasil rekaan @iam_inderaloka manakala set barangan kemas dari @habibjewelsofficial . Manakala Falahi tampil anggun hasil solekan jurusolek yang tidak asing lagi iaitu @ynasakinah. Ketika ditanya mengenai detik perkenalan mereka,Falahi yang mesra di sapa Fal ramah menjawab pertanyaan penulis ketika ditemui di majlis resepsinya baru-baru ini.
“Dulu mama dgn Dato’ Mashitah best friend. Ketika itu, Fal dan Wafi masih kecil lagi. Apabila Dato Mashitah memperlahankan karier politiknya, hubungan demgan mama sedikit renggang dan terputus hubungan. Beberapa tahun kemudian, secara kebetulan Wafi terjumpa mama di sebuah majlis dan bermula dari detik itu, kami mula berhubung. So dekat situ dah mula rapat. Kami sempat bekerjasama dalam kerjaya right before pandemic. Cinta pun berputik dan kami decided untuk melangsungkan perkahwinan dan sedang membina empayar bersama, Insyaallah,” ujar Falahi mengimbas memori.
Meskipun mengambil masa hampir 8 bulan sebelum mengadakan majlis resepsi berikutan kekangan pandemik, ia merupakan detik yang manis untuk dikenang oleh pasangan ini. Sehubungan dengan itu, pada tanggal 1 Januari 2022 yang lalu, Meskipun mengadakan majlis resepsi dengan jumlah tetamu yang terhad dan pematuhan SOP yang ketat, namun jelas tergambar wajah penuh kebahagiaan di riak wajah pasangan pengantin yang diraikan oleh beberapa tetamu kehormat serta saudara mara dan sahabat handai keluarga.
Memilih konsep Arabian Night sebagai tema utama majlis resepsi,. Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar dan Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim meraikan majlis persandingan satu-satunya anak lelaki mereka.
Di antara tetamu VIP yang memeriahkan majlis persandingan Muhammad Wafi dan Nur Falahi termasuklah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rostam, serta isteri, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamadbin Haji Hassan serta isteri serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas, Datuk Mastura binti Tan Sri Mohd Yazid. Antara kelibat selebriti yang turut kelihatan memeriahkan majlis perssndingan pasangan ini ialah Ismail Izzani yang juga merupakan adik bongsu Nur Falahi serta penyanyi Nabila Razali serta Mawar Karim.
.
Sebagai tuan rumah, Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar dan Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim turut menitipkan beberapa pesanan istimewa buat kedua mempelai agar melayari bahtera perkahwinan dalam suasana harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar dan Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim yang menerima kehadiran satu-satunya menantu perempuan di dalam keluarga besar mereka.
Falahi anggun mengenakan busana dari Azura Couture manakala setiap ahli keluarga Dato’ Dr Mashitah Ibrahim anggun mengenakan warna sedondon meraikan para tetamu. Khabarnya majlis resepsi pihak keluarga pengantin perempuan juga bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Selamat melayari bahtera rumahtangga buat Muhammad Wafi dan Nur Falahi. Semoga rumah tangga yang dibina dipenuhi rahmat kasih sayang yang berpanjangan, InsyaAllah.