“Nikmat Kesakitan Yang Menginsafkan” MAWAR RASHID Kini Ibu Anak 2, Kongsi Pengorbanan Melahirkan Rossabella Cinta

Alahai..memang terserlah kecomelan anak kedua kepada pelakon jelita, Mawar Rashid ini. Dah besar nanti mesti secantik ibunya. Nama pun sedap sangat, Raden Seri Rossabella Cinta.

Manisnya senyuman Raden Seri Rossabella Cinta!

Ketika berkongsi wajah bayi perempuannya itu buat kali pertama di Instagram, Mawar dihujani ucapan tahniah dan pujian atas kecomelan Rossabella Cinta. Dengan berat 3.2kg Rossabella Cinta selamat dilahirkan secara normal pada 2 Januari 2021 kira-kira pukul 5.45 pagi di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Proses bersalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Mawar turut berkongsi pengalamannya bersalin yang cukup memberi keinsafan.

“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan kesemuanya.

Allah berikan nikmat lahirkan anak buat kali ke-2. Nikmat kesakitan yang banyak menginsafkan Mawar. Pengorbanan bersalin ni buat Mawar sedar, dalam hidup kita untuk kita mendapat sesuatu yang kita betul2 nak. Kita kena berkorban dulu. Bukan senang2 nak dapat apa yang kita nak. Dan masa nak lahirkan tu, Mawar hanya serah kepada Allah, dan minta pertolongan Allah moga selamat lahirkan baby Cinta.

We did it Cinta mommy. Kita sama-sama bertarung nyawa. Mommy pegang amanah sebagai seorang ibu. Mommy akan sentiasa doakan CInta & cuba didik Cinta & anak2 mommy yang lain untuk jadi hamba yang dicintai Allah SWT. Terima kasih mudahkan mommy. Alhamdulillah Ya Allah. Macam tak percaya dah ada 2 orang anak..”

Suaminya, Raf turut berkongsi kata-kata bermakna di Instagram atas pengorbanan Mawar melahirkan zuriat kedua mereka secara normal.

“Baby Rose @rossabellacinta fresh from oven. My lady @mawarashid you’re such a strong mommy. You endure the labour pain so well. No epidural, no pain killer and no laughing gas whatsoever. NATURAL 100%!

You got what you always wanted. A pure natural birth, just like when you had with Rafael. I am so proud of you tau. Anje, you’re such a good wife to me and perfect mom to all my 4 Radens.

Keluarga bahagia.

Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan semuanya.”

KONGSI BULAN KELAHIRAN DENGAN SUAMI
Ketika di hari lahirnya yang ke-36 tahun pada 9 Januari lalu, Raf turut mengungkapkan kesyukuran setelah dikurniakan seorang lagi zuriat sekaligus melengkapkan keluarga bahagia mereka. Apatah lagi, Rossabella Cinta berkongsi bulan kelahiran yang sama dengannya iaitu Januari.

“9th January. Genap 36 tahun umur Raf. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan hadiah palig bermakna dalam hidup Raf. And that’s YOU my Raden Seri @rossabellacinta

Raf selalu berdoa satu hari nanti akan ada anak yang lahir bulan January. Alhamdulillah, ada jugak. Baby Rose 2/1. Papa Rose 9/1 selang seminggu.

Thank you jugak Mommy @mawarashid yang bersabung nyawa demi Baby Rose selama 9 bulan ni. I love you more than you ever know my Lady. Now I feel complete, Alhamdulillah.”

Anak sulung mereka iaitu Raden Muhammad Rafael kini sudah pun berusia 2 tahun. Maka lengkaplah sepasang cahaya mata buat pasangan ini.

Mawar bersama anak sulung, Raden Muhammad Rafael berusia 2 tahun.

Mawar juga mempunyai 2 anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu Raf atau nama penuhnya Raden Ahmad Faizal Yaakob seorang business consultant

dan TV host.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid yang berketurunan kacukan Melayu-Siam bernikah dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat mereka.

Selain berlakon, Mawar juga merupakan seorang usahawan produk kecantikan berjenama sendiri iaitu Mawarose yang kian mendapat sambutan. Semoga Mawar dan Raf sekeluarga kekal bahagia sampai ke hujung nyawa, Insya-Allah.

Mawar antara usahawan selebriti yang berjaya.

Kredit Foto: Instagram @mawarashid @rafyaakob

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad