Penantian penyanyi Tomok dan isteri selama 5 tahun untuk memiliki anak perempuan akhirnya termakbul. Pada 4 Jun 2020 yang lalu isteri Tomok, Ayu Abas telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 1.25 petang (selepas azan Zohor).

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum Kelahiran
Comelnya Siti Khadijah Shah Indrawan!

Bayi seberat hampir 3kg itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan sekitar ibu negara. Nampaknya Arrian dan Andra masing-masing sudah bergelar ‘Abang’! Bertambah meriahlah keluarga kecil mereka dengan kehadiran ‘orang baru’ yang diberi nama Siti Khadijah Shah Indrawan.

Ads

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum Kelahiran

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum Kelahiran
Handsome betul Arrian dan Adrian ni, dua-dua dah jadi abang..

Tomok turut berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

 

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail merupakan vokalis kumpulan New Boyz yang popular era 90an mendirikan rumahtangga dengan Ayu Abas pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid Shah Indrawan, 8, dan Andrashah Iman Shah Indrawan, 5.

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum Kelahiran
Keluarga bahagia Tomok dan Ayu Abas.

Beberapa hari lepas, Ayu Abas turut meninggalkan coretan berharga buat para pengikutnya di Instagram tentang pengalaman kehamilan kali ini yang cukup mencabar pada usia 41 tahun.

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum KelahiranBersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum Kelahiran“Journey of my baby girl…. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah..rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan. Memang agak sukar peluang untuk hamil terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah (saya turut merasainya) tapi harap ibu-ibu di luar sana jangan putus asa. Teruskan berusaha dan berdoa.

Saya dapat tahu yang saya hamil selepas balik bercuti dari Pulau Tioman. Gembira, risau dan macam-macam perasaan sebab ianya berisiko untuk bayi dan juga kesihatan ibu. Tapi saya terus berdoa dan fikir positif termasuk sentiasa jaga diri.

Ads

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum KelahiranSelepas 40 minggu, pada Rabu malam bermulanya mild contraction. Dibu tak boleh tidur semalaman. Contraction berlarutan sampai ke Subuh hari Khamis. Dibu berkira-kira nak ke hospital. Bukan apa, Dibu kesian dekat two little boys Dibu yang masih tidur.

Nak bangun Subuh Dibu tengok ada pendarahan…Ohh…mungkin dah tanda kot…dengan contraction yang berterusan Dibu masih berjalan-jalan dengan rileks. Siap-siapkan diri, bag semua dah tersedia dalam kereta kemudian barulah kejutkan suami.

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum KelahiranSampai hospital, selepas pemeriksaan doktor Dibu dah ada bukaan 3cm, dan contraction terus berlaku. Ujian COVID-19 juga dilakukan. Lepas azan Zohor dalam masa 1.25 petang lahirlah seorang princess, berat sekitar 2.98 kg pada 4 Jun 2020.

And of course, kelahiran dalam waktu-waktu COVID-19 kita terikat dengan SOP yang harus diikut. Just handling my baby for a while. Dibu kena isolate dengan baby sehingga keputusan COVID-10 keluar.

Ads

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum KelahiranTerima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan para pengikut yang memberi ucapan dan mendoakan Dibu sepanjang tempoh kehamilan sampailah bersalin.

Terima kasih buat suami yang sentiasa ada dalam susah dan senang. Kita harungi dugaan, kekangan dan semuanya bersama. I love you so much. Ayu sayang Shah.”

Bersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum KelahiranBersalin Anak Ketiga Di Usia 41 Tahun Secara Normal, AYU ABAS Kongsi Detik Sebelum KelahiranTahun ini genaplah 9 tahun usia perkahwinan Tomok dan Ayu Abas. Lengkap sudah keluarga kecil ini dengan kehadiran Siti Khadijah Shah Indrawan. Indahnya nama! Semoga kekal bahagia sampai ke syurga buat pasangan ini. Buat Arrian, Andra dan Siti Khadijah semoga menjadi anak soleh dan solehah yang dapat membahagiakan ibu dan ayah.

Kredit Foto: IG @ayu_abas @tomokofficial

Ada sesuatu yang menarik di sini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI