Penantian penyanyi Tomok dan isteri selama 5 tahun untuk memiliki anak perempuan akhirnya termakbul. Pada 4 Jun 2020 yang lalu isteri Tomok, Ayu Abas telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 1.25 petang (selepas azan Zohor).
Bayi seberat hampir 3kg itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan sekitar ibu negara. Nampaknya Arrian dan Andra masing-masing sudah bergelar ‘Abang’! Bertambah meriahlah keluarga kecil mereka dengan kehadiran ‘orang baru’ yang diberi nama Siti Khadijah Shah Indrawan.
Tomok turut berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail merupakan vokalis kumpulan New Boyz yang popular era 90an mendirikan rumahtangga dengan Ayu Abas pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid Shah Indrawan, 8, dan Andrashah Iman Shah Indrawan, 5.
Beberapa hari lepas, Ayu Abas turut meninggalkan coretan berharga buat para pengikutnya di Instagram tentang pengalaman kehamilan kali ini yang cukup mencabar pada usia 41 tahun.
Saya dapat tahu yang saya hamil selepas balik bercuti dari Pulau Tioman. Gembira, risau dan macam-macam perasaan sebab ianya berisiko untuk bayi dan juga kesihatan ibu. Tapi saya terus berdoa dan fikir positif termasuk sentiasa jaga diri.
Nak bangun Subuh Dibu tengok ada pendarahan…Ohh…mungkin dah tanda kot…dengan contraction yang berterusan Dibu masih berjalan-jalan dengan rileks. Siap-siapkan diri, bag semua dah tersedia dalam kereta kemudian barulah kejutkan suami.
And of course, kelahiran dalam waktu-waktu COVID-19 kita terikat dengan SOP yang harus diikut. Just handling my baby for a while. Dibu kena isolate dengan baby sehingga keputusan COVID-10 keluar.
Terima kasih buat suami yang sentiasa ada dalam susah dan senang. Kita harungi dugaan, kekangan dan semuanya bersama. I love you so much. Ayu sayang Shah.”
Kredit Foto: IG @ayu_abas @tomokofficial
Ada sesuatu yang menarik di sini.
This website uses cookies.