Pengasas jenama Leeyana Rahman selamat bersalin anak ketiga pada 11 November lepas. Lebih istimewa, dia dan suami tercinta iaitu Muhammad Hafiz Abdul Hamid menerima kehadiran cahaya mata tersebut saat usia perkahwinan mencecah 10 tahun!

Berdepan pelbagai dugaan hidup berumah tangga, pemilik nama Nur Liyana Abdul Rahman atau mesra disapa Yana bagaimana pun reda dan tabah mendepani kehidupan di samping keluarga tersayang.

Ads

Dia melahirkan anak ketiga yang juga bayi perempuan comel diberi nama Mellysa Rose Muhammad Hafiz pada 11 November lepas dengan berat 3.2 kilogram.

Bersalin Anak Ketiga Ketika Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Pengasas Leeyana Rahman Dedah Pengorbanan ‘Manis’ Jadi Ibu! Bersalin Anak Ketiga Ketika Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Pengasas Leeyana Rahman Dedah Pengorbanan ‘Manis’ Jadi Ibu! Bersalin Anak Ketiga Ketika Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Pengasas Leeyana Rahman Dedah Pengorbanan ‘Manis’ Jadi Ibu!

“Kenalkan baby ketiga aka anak bongsu kami, Hajah Mellysa Rose bt Muhammad Hafiz. Korang tengok muka macam siapa?

Alhamdulillah anak yang baik tak kuat ragam. Thank you Hafiz Hamid setiap malam jaga anak.”

Tambahnya, “Tuhan, terima kasih atas segala nikmat yang tak terhitung jumlahnya, semoga engkau selalu memudahkan apa yang ku rasa sulit dan melapangkan apa yang ku rasa sempit.

Hadiah seketul anak 3.2 kg sempena anniversary yang ke 10 untuk suami. Harap-harap ada sistem barter mana tahu dapat 3.2 kg gold bar!!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur liyana (@yaana.lee)

Dalam pada itu, pengasas Leeyana Rahman ini turut berkongsi pengorbanan manis bergelar seorang ibu.

Ads

“Bila dah bersalin ni, geng mak-mak je faham apa yang kita kena hadapkan. Perut menggelebeh, stretch mark, bekas jahitan, badan jadi tak kuat macam dulu, selalu sakit belakang, bila mental tak okey susu pula jadi drop, lepas tu jap lagi fasa rambut gugur pula. Hmm itulah pengorbanan seorang ibu.

I doakan siapa-siapa followers I yang belum dikurniakan zuriat, Allah bagi korang rasa jadi ibu nanti, tepat pada masanya. Aminn.”

Bersalin Anak Ketiga Ketika Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Pengasas Leeyana Rahman Dedah Pengorbanan ‘Manis’ Jadi Ibu! Bersalin Anak Ketiga Ketika Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Pengasas Leeyana Rahman Dedah Pengorbanan ‘Manis’ Jadi Ibu! Bersalin Anak Ketiga Ketika Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Pengasas Leeyana Rahman Dedah Pengorbanan ‘Manis’ Jadi Ibu!

Ads

Yana mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Abdul Hamid pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tyara Luthfia dan Hanna Qhalisya.

Semoga empayar Leeyana Rahman terus sukses dan rumah tangga Yana serta Hafiz dilindungi Allah SWT sampai ke syurga.

Artikel https://www.nona.my/terima-hadiah-jam-tangan-jenama-mewah-daripada-suami-usahawan-leeyana-rahman-rai-birthday-ke-34/

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI