Pastinya Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra kini sedang menghitung hari bergelar ibu. Dalam perkongsian di Instagram miliknya, isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan ini kelihatan sarat hamil dan berseri-seri.
Tanggal 6 Jun lalu merupakan ulang tahun kelahiran Che Puan Sofie yang ke-37. Berkongsi perkembangan terkini bersama followers, beliau tampil anggun dalam persalinan jubah rona biru lembut dan berselendang.
Jelas terserlah wajah ‘glowing’ ibu hamil ini. Walau usia kandungan memasuki trimester tiga namun beliau kekal ceria dan mesra melayan rakyat jelata terutamanya ketika sambutan Aidilfitri lepas.
Sudah tentu pasangan ini menanti-nantikan detik kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Bersempena ulang tahun hari kelahiran, kongsi wanita cantik ini, “Happy birthday song, cake and flowers, what a lovely way to start the day together with my wonderful husband. Junjung kasih for always being there.”
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
bergelar isteri YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019. Menginjak usia perkahwinan keempat, pasangan diraja ini bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.Difahamkan Che Puan Sofie ialah kenalan lama Tengku Mahkota Kelantan dan mereka bertemu di England.
18 Mac lalu, jelitawan ini mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai depan.
Beliau yang berasal dari Sweden berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan yang anggun dan sopan.
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan namun bijak menyesuaikan diri.
Semoga ratu hati Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini dikurniakan kesihatan yang baik dan urusan bersalin kelak berjalan lancar.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/makin-glowing-dah-nampak-baby-bump-usia-kandungan-ytm-che-puan-sofie-cecah-5-bulan/
This website uses cookies.