Cukup 39 minggu usia kandungan akhirnya penyanyi popular dan kaya Indonesia iaitu Syahrini selamat bersalin cahaya mata sulung. Kelahiran anak ini pastinya menjadi detik terindah buat Syahrini yang sememangnya ternanti-nantikan permata hati sebagai penyeri rumah tangga.
Apatah lagi usianya kini sudah pun mencecah 44 tahun. Istimewanya, tarikh kelahiran bayi ini jatuh pada ulang tahun kelahiran Syahrini atau nama sebenarnya Rini Fatimah Zaelani pada 1 Ogos lepas.
Difahamkan Syahrini dan suami menyambut kelahiran permata hati mereka di Singapura. Jelitawan ini melahirkan anak seberat 3.83 kilogram secara pembedahan.
Menerusi perkongsian di media sosial selebriti ini, Syahrini turut menghiasi bilik wad dengan dekorasi indah berwarna merah jambu yang tertera nama ‘Princess R’ sehari sebelum bersalin.
“Mengabadikan momen sehari sebelum menyambut kelahiran our baby ‘Princess R’ sekaligus ulang tahunnya raja ratu tanggal 31 Julai. Feeling blessed and grateful Ya Allah.
Alhamdulillah. Semua berjalan sesuai rencana dan tentunya atas izin dan redamu menuju tanggal 1 Ogos. My birthday and our baby’s birthday di hari yang sama. MashaAllah Allahuma Bariik.”
Tambahnya, “Terima kasih Ya Rabb. Bertambahnya usia tahun ini dan hari ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami, penantian panjang yang berhujung indah. Pencapaian dari kesabaran dan bakal tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinMu.
Terima kasih untuk suamiku yang luar biasa memanjakan dan sentiasa siaga mendampingi. Welcome to fatherhood,
imam terbaik Reino Barack.”Syahrini dan Reino sah bergelar suami isteri pada 27 Februari 2019.
This website uses cookies.