Bersanding Pada Usia 49, Bertuah Rozita Che Wan Dapat Majlis RM100,000 Sebagai Hadiah Anniversary!

Masih teringat kegemilangan malam sambutan ulang tahun perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan semalam. 10 tahun berumah tangga, hubungan pasangan selebriti ini masih sangat bahagia ditemani keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.

Paling teruja bila anak-anak sendiri dapat melihat ibu bapa mereka bersanding di depan mata. Suka tengok gelagat Aaisyah Dhia Rana, pandai sungguh si comel berusia 8 tahun ni bawa diri dengan abang-abangnya.

Mendirikan rumah tangga sejak 11 Disember 2013, Che Ta yang kini berusia 49 tahun dan Zain, 38, mengetengahkan tema Melayu Tradisional sempena sambutan ulang tahun ke-10 mereka. Masing-masing mengenakan busana songket maroon rekaan Man Kajang.

Tampil dengan empat tingkat cucuk sanggul, kecantikan Che Ta di hujung alam 40-an masih tetap menawan. Jom tengok video ni…

 

Majlis malam berinai yang diadakan di GlamHall Damansara itu rupa-rupanya menelan belanja lebih RM100,000. Lebih bertuah, bila semua ini adalah tajaan sahabat karib Che Ta sendiri iaitu Anas Zahrin!

Sebagai tetamu jemputan, penulis melihat seluruh perjalanan majlis ini disusun dengan cukup baik meskipun Che Ta sendiri mengakui ia dirancang dalam tempoh yang singkat.

“Awalnya kami nak buat majlis launching inai je tapi Anas kata dah alang-alang, malam akak bersandinglah. Kita pun suka walaupun anniversary sebenar bulan Disember nanti!

Majlis malam ni memang saya lepas tangan. Tak tahu pun atur cara program, saya ikut saja kata pengacara majlis. Kami hanya pergi fitting baju je.

Pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan bersama anak-anak

 

Tapi saya suka majlis ni kerana ringkas dan padat. Takda biar orang tertunggu-tunggu nak makan. Kita kena hormat tetamu yang dah sampai, bukan sebaliknya.” Che Ta

 

SAHABAT

Sebaik-baik sahabat adalah orang yang tak pernah berubah, meskipun zaman terus berubah. Beginilah umpamanya persahabatan Rozita Che Wan dan Anas Zahrin, seorang jurufoto yang kini bergelar usahawan berjaya. Bayangkan sejak zaman Che Ta menjadi ibu tunggal lagi, persahabatan ini sudah terjalin.

Kisah persahabatan mereka tambah menarik apabila dua nama usahawan hebat ini bekerjasama melancarkan produk Inai Che Ta. Kata isteri Zain Saidin ni, walaupun baru dua minggu di pasaran, Inai Che Ta dah habis terjual lebih 50,000 kotak di pasaran!

Anas Zahrin dan Che Ta

 

Anas bersama Che Ta dan Zain Saidin

 

“Persahabatan kami bermula hanya atas dasar kerja namun lama-kelamaan semakin akrab. Selama 12 tahun ni, kami tak pernah bergaduh malah sangat rapat sampai tak larat nak angkat telefon bersembang.

Anas pun sangat menghormati orang. Jumpa mak dan suami saya pun salam cium tangan padahal kejayaan dia lebih besar daripada saya.

Majlis ni pun merupakan hadiah daripada Anas. Walaupun anniversary saya bulan Disember tapi dia minta juga saya buat awal. Sebenarnya saya tak terkejut pun kerana Anas memang seorang yang sangat pemurah.” Che Ta

Sambung Che Ta, kemurahan hati Anas diakui kerana sepanjang bersahabat, beliau sendiri tak pernah lagi dapat belanja Anas makan.

 

“Semua dia yang nak bayar. Kalau beli goreng pisang 20 ringgit, dia bayar RM100.” Che Ta

Dengan kebaikan hati dan sifat suka menyenangkan orang, personaliti Rozita Che Wan pastinya membuat ahli keluarga dan rakan-rakan sangat menyayanginya. Semoga perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini terus dirahmati dan kekal bahagia buat selama-lamanya.

Share
Published by
Norzalina