
Orangnya bukan hanya cantik tetapi juga memiliki keperibadian yang baik. Sepanjang hampir dua dekad mendirikan rumah tangga bersama Faizal Hussein, tidak pernah sekali pun dengar kisah ‘kurang enak’ mengenai Suhaila Sulaiman.
Apatah lagi menjaja cerita rumah tangga kepada umum. Sejak bergelar isteri, tumpuan wanita ini dicurahkan sepenuhnya buat suami dan anak-anak tersayang.
Peribadi Baik Suhaila Sulaiman, Isteri Faizal Hussein
Meniti usia 49 tahun, Suhaila pernah melibatkan diri dalam industri seni tanah air dan menjadi pelakon. Dia dan Faizal dikhabarkan mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan pementasan teater Ayu Cendana sekitar tahun 1999.
Faizal Hussein yang kini menjadi bualan ramai kerana lakonan mantapnya dalam drama bersiri Bidaah bagaimana pun tidak menghalang isteri tercinta kembali berlakon namun menghormati keputusan Suhaila yang mahu memberi sepenuh perhatian kepada keluarga.
Suhaila sebelum ini pernah membintangi drama tahun 90an seperti Sayang Puteri, Zon 606 dan banyak lagi.
Aktif berkongsi perkembangan semasa di media sosial, ibu dua cahaya mata ini tidak ketinggalan memuat naik momen menyambut lebaran di samping keluarga tersayang. Hari Raya tahun ini Suhaila memilih persalinan Syawal rona merah jambu.
Berseri-seri wajah seisi keluarga menyambut lebaran tahun ini!
2 Dekad Suhaila Sulaiman Bahagia Layari Rumah Tangga
Suhaila Sulaiman dan Faizal sah menjadi suami isteri pada 3 Julai 2004. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua orang anak iaitu Fazryn berusia 20 tahun dan Fazrick yang mencecah umur 16 tahun pada April ini.
Mengamati wajah kedua-dua permata hati pasangan ini, jelas terbukti mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila.
Ternyata pengorbanan Suhaila mendidik dan mengasuh anak-anak berbaloi apabila Fazryn dan Fazrick memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Anak lelaki mereka misalnya aktif menyertai pasukan pancaragam sekolah Victoria Institution.
View this post on Instagram
Terkenal antara pasangan selebriti tanah air yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa menjadi perhatian peminat.
Walau sudah hampir dua dekad bersama namun kedua-duanya ibarat pasangan kekasih. Ada saja masa terluang pasti mereka akan beriadah bersama-sama di samping anak-anak.