Chef selebriti yang juga penyanyi dan pelakon Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini menitip ucapan istimewa buat isterinya di laman Instagramnya bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16. Untuk makluman, Dato’ Fazley selamat diijabkabulkan bersama Datin Azrene Ahmad pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Menerusi hantaran tersebut, Datuk turut segala dugaan yang pernah berlaku sepanjang perkahwinannya selama ini. Jelasnya, “terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali dan bukan dari kita berdua, tetapi selalu dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyangkan masjid yang kita bina selama ini. Allah maha besar, segala ketentuan-Nya tidak akan mampu sesiapa pun ubah. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-16 adik sayang saya”
Malah, Datuk Fazley menyatakan kesyukuran dikurniakan seorang isteri yang kuat apatah lagi isterinya juga pernah berhadapan dengan pelbagai dugaan. Isteri kepada cef selebriti yang berusia 44 tahun itu mengalami keguguran sebanyak 13 kali termasuk dua pasangan kembar.
NONA mendoakan semoga masjid yang dibina ini kekal sehingga ajal dan maut memisahkan.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Ads
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda melalui Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA, pasti anda akan dapat melihat sebuah bangunan rona putih yang tersergam indah dengan gabungan senibina yang menawan. Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya apakah sebenarnya bangunan tersebut. Ia merupakan sebuah hotel dikenali sebagai Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Mula beroperasi sejak Julai 2018 yang lalu, bangunan indah yang menggunakan latar rona putih sebagai elemen utama ini telah direka oleh Encik Amir Hamzah, dari HIJJAS Architects + Planners yang mengetengahkan gaya senibina yang berlatarkan keindahan senibina Malaysia yang kaya dengan seni dan budaya untuk sebuah hotel yang mengambil pendekatan Syariah.
Malah, HIJJAS Architects + Planners turut mencipta nama dalam bidang senibina dengan merekacipta bagunan-bangunan ikonik di ibu negara antaranya termasuklah Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya Masterplan, Menara Shell Tower di Kuala Lumpur dan ibu pejabat Telekom Malaysia. Tidak hairanlah mengapa ia begitu dikenali sehingga diberi tanggungjawab untuk mereka Malaysian Pavilion di 2015 World Expo yang dianjurkan di Italy.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA 2. Ia juga amat mudah dihubungkan dengan Litar Antarabangsa Sepang dan pusat petadbiran negara di Putrajaya. Malah, bagunan yang tersergam indah ini turut diberi penghargaan sebagai The Best New Hotel Construction and Design” di Asia Pacific Property Awards edisi Malaysia. Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA menyediakan rekaan senibina bertaraf dunia dengan mengetengahkan rekaan senibina Islam dan konsep rekaan berdasarkan penambahan yang dilakukan di Masjidil Haram, Saudi Arabia.
Malah, bahagian luar Mövenpick Hotel & Convention Centre mengetengahkan konsep intricate patterns dengan pengaruh senibina gemoteri Islam dan ayat kufi, salah satu kaligrafi Islam yang terkemuka. Manakala bahagian dalaman pula terutamanya di bahagian bankuet ia mengaplikasikan teknik three-dimensional effect yang diinspirasi dari senibina Islam di Alhambra, Spain selain beberapa pengaruh senibina Turki dan Iran.
Lanskap hotel seluas 7.2 hektar juga mengetengahkan konsep kehijauan dengan kolam renang berkonsep reflective yang menenangkan. Ia mengambil kira konsep tropikal dan pencahayaan yang minimum untuk bahagian luaran dan dalaman hotel.
Selain itu, bagunan setinggi 9 tingkat ini mempunyai high open space dan lif berdinding kaca yang membolehkan pengunjung melihat keindahan secara keseluruhan. Malah pengunjung juga boleh mendapat akses mudah dari Pusat Konvensyen dari bangunan hotel yang banyak memudahkan pergerakan terutamanya ketika musim haji. Pusat Konvensyen ini boleh memuatkan sehingga 1,500 tetamu selain ia boleh dijadikan bilik seminar dan sebagainya. Terdapat 10 bilik seminar selain lounge untuk VIP dan lain-lain perkhidmatan tambahan.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA mempunyai 333 bilik termasuklahlah suite mewah yang dilengkapi dua bilik tidur selain lounge eksekutif dan enam restoran yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, sebagai hotel yang mengetengahkan konsep mesra Syariah, ia mempunyai kemudahan riadah yang berasingan untuk pengunjung lelaki dan wanita termasuklah kolam renang, pusat senaman dan spa. Selain itu, ia turut mempunyai empat bilik mesyuarat yang selesa, dua bilik boardrooms, kolam renang untuk kanak-kanak, ruang permainan dan kemudahan gelanggang tennis.
Malah, ketika ketibaan musim haji, Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA digunakan sebagai lokasi untuk para jemaah haji berkumpul sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat Haji. Tidak hairanlah mengapa elemen Islam menjadi elemen utama yang diketengahkan selaras menjadikan hotel yang penuh keistimewaan ini begitu dekat di hati setiap muslim di Malaysia.
JAWAB SOALAN DI BAWAH UNTUK MEMENANGI BAUCER ISTIMEWA DARI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE.CARANYA MUDAH, JAWAB SOALAN DI BAWAH DENGAN MENINGGALKAN JAWAPAN DI RUANGAN KOMEN.SERTAKAN HASHTAG #MAJALAHNONAXMOVENPICKKLIA.
1.BERAPAKAH BILIK YANG TERDAPAT DI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE.
2.SIAPAKAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEREKACIPTA MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
3.APAKAH KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PENGUNJUNG DI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
4.DIMANAKAH TERLETAKNYA MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kecantikan milik pasangan ibu dan anak ini. Selain mewarisi kejelitaan ibu tersayang, Aaradhya Bachchan turut berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Miss World 1994 tersebut.
Aishwarya dilahirkan pada tanggal 1 November 1973 manakala Aaradhya pula lahir pada 16 November 2011.
Genap berusia 11 tahun, puteri tunggal kepada pasangan selebriti ternama India ini sememangnya seorang kanak-kanak yang bertuah. Dia bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik seperti ibunya malah dilahirkan dalam keluarga berada dan terkenal.
Malah, kelibat Aaradhya juga sering kelihatan ketika menemani Aishwarya ke majlis-majlis fesyen.
Biarpun masih kecil namun isteri aktor Abhishek Bachchan ini bijak mengenakan pakaian yang bergaya dan sesuai untuk anak tersayang. Apatah lagi, sejak kecil lagi cucu Amitabh Bachchan ini juga sudah sering dibawa ke acara-acara hiburan.
Dek kerana sering melihat ibunya beraksi di depan lensa kamera, Aaradhya tidak kekok memberikan pose yang pelbagai. Dah namanya pun anak bekas ratu cantik, pasti ‘darah seni’ ibu dan ayah sudah sebati mengalir dalam diri anak kecil berkenaan.
Bersempena kelahiran ke-11 anakanda tersayang, Aishwarya menitipkan ucapan ringkas namun penuh makna buat Aaradhya.
“My love. My life. I love you, My Aaradhya.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak menembusi industri fesyen e-dagang pada 2010, FashionValet berusaha mengetengahkan pereka fesyen tempatan. Bukan sahaja mencipta sebuah platform untuk menaikkan dan mengangkat nama mereka, tetapi inisiatif tersebut adalah sebagai pencetus inspirasi buat seluruh peminat fesyen tanah air dan juga antarabangsa.
Bangga dengan pencapaian dan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia masa kini, FashionValet berbesar hati melancarkan coffee table book pertamanya, ‘The Rise of Malaysian Designers by FashionValet’. Mempunyai 300 halaman muka surat yang menampilkan 20 pereka fesyen dan jenama terkemuka tempatan, barisan pereka fesyen terlibat adalah Afiq M, Aere, Alia Bastamam, Arared, Cala Qisya, dUCk, Fizi Woo, FZK by Fitri Zainal, INNAIRED, Khoon Hooi, Laguna Sydney, Locka, Love To Dress (kini dikenali sebagai Olloum), Mimpikita, Nurita Harith, Poplook, Rizman Ruzaini, Syaiful Baharim, THAVIA dan TudungPeople.
Menurut Pengasasnya, Vivy Yusof, usaha untuk menerbitkan ‘The Rise of Malaysian Designers’ merupakan hasil kerja seluruh warga FashionValet sepanjang tahun ini bertujuan sebagai pengantara pereka fesyen, jenama dan masyarakat yang tidak mengetahui kisah perjalanan, rahsia serta kejayaan setiap insan istimewa ini dalam menempa nama dalam industri fesyen negara. Dengan muka hadapan tebal dihiasi wajah 20 designer, buku ini turut mengandungi foto-foto eksklusif, kata-kata azimat dan kisah di sebalik pembabitan mereka.
Bagi penggemar fesyen tanah air, jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskhah ini di www.fashionvalet.com atau di kedai fizikal FashionValet di Bangsar Village II dan Pavilion pada Oktober ini dengan harga RM129 senaskhah. SUZIANA ABU DAUD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.