Chef selebriti yang juga penyanyi dan pelakon Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini menitip ucapan istimewa buat isterinya di laman Instagramnya bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16. Untuk makluman, Dato’ Fazley selamat diijabkabulkan bersama Datin Azrene Ahmad pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.

IKLAN

Anniversary Ke-16 DATO’ FAZLEY YAAKOB Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Tercinta “Dia Pernah 13 Kali Keguguran Termasuk Kembar”

Menerusi hantaran tersebut, Datuk turut segala dugaan yang pernah berlaku sepanjang perkahwinannya selama ini. Jelasnya, “terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali dan bukan dari kita berdua, tetapi selalu dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyangkan masjid yang kita bina selama ini. Allah maha besar, segala ketentuan-Nya tidak akan mampu sesiapa pun ubah. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-16 adik sayang saya”

BACA JUGA: “Hanya Keluarga Yang Tahu…” Hebat! Dalam Diam, DATUK FAZLEY YAAKOB Berjaya Tamat Pengajian Master

Malah, Datuk Fazley menyatakan kesyukuran dikurniakan seorang isteri yang kuat apatah lagi isterinya juga pernah berhadapan dengan pelbagai dugaan. Isteri kepada cef selebriti yang berusia 44 tahun itu mengalami keguguran sebanyak 13 kali termasuk dua pasangan kembar.

Anniversary Ke-16 DATO’ FAZLEY YAAKOB Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Tercinta “Dia Pernah 13 Kali Keguguran Termasuk Kembar” Anniversary Ke-16 DATO’ FAZLEY YAAKOB Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Tercinta “Dia Pernah 13 Kali Keguguran Termasuk Kembar”

NONA mendoakan semoga masjid yang dibina ini kekal sehingga ajal dan maut memisahkan.

IKLAN

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

IKLAN

***

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI