Berseri-Seri! NELYDIA SENROSE Dah Bergelar Hajah, Luah Kesyukuran & Kenang Pengorbanan Suami

Tenang dan tersentuh hati melihat penampilan pelakon cantik, Nelydia Senrose dalam posting terbarunya di Instagram. Suci bersih dalam persalinan ibadah serba putih ditemani suami tersayang, Mohd Hafez Helmi.

Dalam posting tersebut, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kepada suaminya kerana menjadi sumber kekuatan serta banyak berkorban sepanjang mereka mengerjakan haji. Nelydia berkongsi tiga foto ketika dia dan suami berada di Arafah pada Hari Wuquf.

“Kenangan kami pada Hari Arafah.

“Syurgaku..terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu utk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu utk kejalan Allah sangat ku kagumi. Dia tidak berkira-kira utk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.

“Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu. Aamin YRA

Di ruangan komen, beberapa rakan artis seperti Nur Fazura, Mira Filzah dan Syamim Farid serta para pengikutnya menyatakan rasa syukur dan gembira dengan penampilan terkini Nelydia.

@missfazura “MasyaAllah”

@syamimfarid “Mashaállah… Aamin Ya Mujib”

@anaszahrin “Alhamdulillah Haji & Hajjah”

Selain itu, ada beberapa pengikutnya menganggap Nelydia sangat bertuah kerana dikurniakan rezeki seorang suami yang mampu membimbingnya ke jalan kebaikan. Dan tak ketinggalan, turut mendoakan agar Nelydia dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

@lyidia.dahlia “So sweet… indahnya kata-kata.. Rezeki Nel dapat suami yang mampu membimbing ke jalan kebaikan.. Semoga terus istiqamah.. Semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata yang cantik lagi soleh/solehah. Aamiinn…

@miss_lattexxoxo “Aamiin Alhamdulillah.Semoga berbahagia Nelly dan suami sampai ke Jannah. Lovely couple. Semoga Nelly dan husband dikurniakan zuriat soleh solehah comel sempurna Aamiin aamiin”

@yar_tea “Semoga Allah kurniakan rahmatNya, rezeki kesihatan yang baik, peningkatan iman, istiqomah dalam menutup aurat dan kebahagiaan di dunia buat anda berdua hingga Jannatul Firdaus, Aamin..”

Untuk info, Nelydia dan suami berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibdah Haji pada awal Julai 2022 yang lalu.

Semoga Nelydia dan suami sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan lebih banyak kebaikan. Buat Nelydia, semoga terus istiqamah. Tak sabar nak lihat penampilan baru Nelydia selepas pulang dari tanah suci.

Kredit Foto: Instagram Nelydia Senrose

 

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad